Alam & Sains 09 Dec, 2020

Kena denda RM15k! Cepat 8 saat keluar dari bilik kuarantin!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

TAIWAN adalah negara contoh yang mampu mengekang pandemik Covid-19 dengan berkesan melalui peraturan ketat yang dikuatkuasakan. Kaedah yang dilakukan oleh negara ini boleh dicontohi oleh negara-negara lain (seperti Malaysia) walaupun cara yang dilakukannya dianggap agak keras. : KitaReporters 


Taiwan mengekatkan peraturan kesihatan ekoran penularan Covid-19

Lagi kisah-kisah berkaitan Taiwan:

https://kitareporters.com/search?search=taiwan


Menurut Worldometer, negara ini mampu mengurangkan jumlah kes kurang daripada 1,000 sehari, sementara menurut CNN, tiada kes baru terjadi dalam 200 hari.

Antara cara yang dilakukan oleh pihak berkuasa Taiwan sebagaimana yang dilapor oleh World of Buzz (WOB) ini boleh menjadi panduan kepada orang ramai akan betapa pentingnya dalam menjaga disiplin diri dalam mengekang virus Covid-19. 


Melanggar peraturan kesihatan bakal menerima hukuman berat


Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda sebanyak 100,000 Dolar Taiwan (kira-kira RM15,000) kerana keluar dari tempat kuarantin tercepat hanya 8 saat.

Menurut WOB yang memetik laporan daripada CNN, lelaki itu yang merupakan pekerja asing berasal dari Filipina didapati positif dijangkiti Covid-19.

Dan tempat kuarantinnya ialah sebuah hotel di bandar Kaohsiung.


Disiplin masyarakat membantu Taiwan mengekang Covid-19


Lelaki itu tidak sabar untuk keluar dari bilik kuarantin sebuah hotel di bandar Kaohsiung. Dia keluar cepat dari biliknya kerana tidak sabar untuk menikmati suasana bebas. 

Namun perbuatannya dikesan oleh seorang pekerja hotel melalui kamera litar tertutup (CCTV) lalu terus menghubungi jabatan kesihatan Kaohsiung yang kemudian mengeluarkan denda.


Bilik hotel menjadi antara tempat kuarantin di Taiwan.


Taiwan tidak bertolak ansur dalam aspek kuarantin. Tidak boleh keluar dari bilik kuarantin sebelum tamat tempoh, walaupun cuma hitungan saat.

Cuba saksikan melalui pelbagai media, banyak negara yang mula melonggarkan sekatan telah mengakibatkan peningkatan semula kes Covid-19. - KitaReporters

0
1
0
1
0
You will be interested