Alam & Sains 25 May, 2021

Berita Terkini| Rentas daerah, negeri ketika Aidilfitri! Punca lebih 6,000 kes harian Covid-19!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


PERGERAKAN rentas daerah dan negeri ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah punca utama lonjakan kes Covid-19 melebihi 6,000 jangkitan harian ketika ini.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, punca utama peningkatan kes pada minggu lalu disebabkan aktiviti dan pergerakan orang ramai sepanjang Ramadan dan Aidilfitri baru-baru ini.

Katanya, sebanyak 40 kluster keagamaan dikenal pasti, termasuk 19 kluster di Johor, 13 di Selangor dan lapan kluster di negeri lain antaranya Melaka, Negeri Sembilan serta Kelantan.

“Ketika ini, kes kluster keagamaan direkod berdasarkan kes jangkitan yang berlaku sepanjang Ramadan dan Hari Raya.

“Kluster ini meningkat bergantung kepada pergerakan dan mobilisasi orang ramai. Jika kita dapat kurangkan mobilisasi bermakna lebih peluang untuk hidup, turunkan kadar kebolehjangkitan dan bendung Covid-19,” katanya seperti dipetik oleh Free Malaysia Today, 25 Mei 2021.

Dr Adham turut menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah kematian Covid-19 yang mencecah 333 kes sepanjang minggu lalu atau purata 48 kematian setiap hari, iaitu peningkatan 59.3% berbanding minggu sebelumnya.

“Secara purata jumlah kes pada minggu lalu adalah 5,541 kes sehari, iaitu peningkatan sebanyak 32% berbanding minggu sebelumnya.

“Untuk kes aktif, kita merekodkan 47,600 kes aktif secara purata setiap hari pada minggu lalu, iaitu peningkatan 19.9% berbanding minggu sebelum, Kita juga merekodkan 449,000 kes sudah pulih sepenuhnya, 88.9% kes sembuh.”ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
1
You will be interested