Alam & Sains 19 Feb, 2020

KERANA COVID-19, WAJAH JURURAWAT JADI CACAT?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
GOLONGAN paling sibuk dalam menangani pesakit dijangkiti virus penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19) ialah petugas perubatan meliputi doktor dan jururawat sehingga kebanyakannya tidak mempunyai rehat mencukupi apa lagi untuk merawat diri termasuk wajah. : KitaReporters.com

Wajah Yao yang cedera pada wajah akibat memakai topeng muka terlalu lama setiap hari. - Kredit foto; Nextshark

Kerana bertugas tanpa mengira waktu dan wajah pula sentiasa ditutup dengan penutup muka, ia boleh menjejaskan keadaan kulit muka mereka yang kelihatan berbekas dan berwarna kemerah-merahan.

Perkara ini terungkap melalui beberapa foto yang dimuat naik dalam media sosial seperti Twitter oleh organisasi media.

Disebabkan tingginya jumlah pesakit di hospital,  para jururawat perlu bekerja syif selama 10 jam.

Seorang jururawat bernama Yao bercerita kepada BBC tentang kesukaran yang dihadapi para petugas perubatan yang bertugas merawat pesakit yang terjangkit COVID-19.

Yao bekerja di salah sebuah hospital di bandar  Xiangyang, China.

Setiap hari dia berkerja untuk menganalisis sampel darah sama ada positif terjangkit COVID-19 atau tidak.

Setiap petugas perubatan yang ada apa-apa hubungan dengan virus COVID-19 mesti memakai alat pelindung diri (APD) bagi mengelak terkena jangkitan. - Kredit Foto BBC News


Yao dakwa pekerja kesihatan tidak mendapat rehat yang cukup termasuk untuk merawat diri sendiri. -Kredit foto: Nextshark


Menurut  Yao, para staf tidak dibenarkan rehat makan dengan sempurna, rehat cuma sebentar atau ke tandas ketika bekerja.

Bekerja seharian dengan mengenakan pakaian khusus alat pelindung diri (APD) yang lengkap, bukan hanya buat tubuh berpeluh banyak tetapi juga menyebabkan luka pada kulit.

“Ketika selesai bekerja, ketika melepas pakaian khas,  kami akan menemukan pakaian kami benar-benar basah oleh peluh.  

"Pada bahagian dahi, hidung, leher, dan wajah kita ada bekas tali penutup muka yang ketat dan kadang-kadang bahkan luka,” kata Yao, dipetik dari Nextshark, pada Jumaat, 14 Februari 2020.

Ini pekerjaan sukar dan menyedihkan, kata Yao. - Kredit foto: Nextshark

Bukan hanya bekas luka kerana memakai penutup muka yang ketat sepanjang hari, Yao menambah, beberapa staf perubatan merasa sangat keletihan.

Hingga daripada pulang ke rumah, lebih baik tidur atas kerusi-kerusi di hospital.

“Ini pekerjaan yang sukar dan sangat menyedihkan.

"Sebahagian besar kita tidak punya waktu untuk memikirkan keselamatan kita sendiri. 

"Kami juga harus merawat pesakit dengan cara lembut, kerana banyak orang datang dengan rasa takut yang berat, beberapa daripada mereka berada bahkan di ambang gangguan mental,” tambah  Yao. - KitaReporters.com

0
0
9
0
0
You will be interested