Alam & Sains 23 Mar, 2020

UNTUNG ORANG GANU!! ADA PAKEJ RANSANGAN

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this
Keresahan rakyat negeri Terengganu untuk menanggung kos barangan bagi kegunaan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari dijangka dapat diselesaikan dalam waktu terdekat. Ini berikutan tindakan Kerajaan Terengganu memperkenalkan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna. : KitaReporters

Menteri Besar, Datuk  Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 


Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bantuan barangan keperluan harian membabitkan peruntukan sebanyak RM640,000 di bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna bagi menangani kesan wabak COVID-19. 

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyelaras pakej bantuan kepada rakyat akibat wabak COVID-19 melalui beberapa fasa yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

"Bantuan barangan keperluan asas itu adalah antara inisiatif Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa satu yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri," katanya menerusi catatan Facebook peribadinya pada Ahad, 22 Mac 2020.

Katanya, pakej rangsangan beberapa fasa itu akan memberi bantuan segera kepada rakyat yang benar-benar memerlukan berupa pakej barangan makanan seperti beras, minyak, gula, teh, sardin dan lain-lain bagi tiap-tiap keluarga. 

Menteri Besar berkata, bantuan akan diurus oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dengan kerjasama dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sejurus selepas mengenal pasti golongan yang benar-benar terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan COVID-19.

Pada Khamis, 19 Mac 2020, beliau mengumumkan kerajaan negeri menyediakan insentif sebanyak RM6 juta kepada golongan terjejas berikutan penularan COVID-19.

“Kerajaan negeri akan mengumumkan bentuk bantuan atau insentif kepada golongan terbabit secara berfasa berdasarkan keperluan semasa,” katanya lagi. 

Poster Pakej Rancangan Terengganu Cakna COVIC-19 diedarkan melalui media sosial


Dalam perkembangan lain, bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ghazali Taib yang bersimpati dengan nasib rakyat yang sedang menghadapi keadaan krisis kesihatan sekarang, memohon pihak tertentu memberi  bantuan segera. 

Bekas Exco Kerajaan Terengganu Datuk Ghazali Taib cadang MAIDAM hulur bantuan.


Katanya,  beliau amat faham dan terharu kerana ada rakyat golongan fakir dan miskin menderita dan sedang merintis ketiadaan duit malah tiada bekalan makanan. 

“Saya sendiri ada menerima WhatsApp dari beberapa penduduk negeri ini yang merayu agar mereka diberikan bantuan,” katanya dalam catatan Facebook pada 20 Mac 2020.

Sehubungan itu, beliau menjunjung kasih memohon Tuanku Sultan Terengganu menggunakan kuasa yang ada pada Tuanku menggunakan peruntukan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk menyalurkan bantuan atas sebab fisabilillah kepada rakyat yang layak memerlukannya.

Catatan bekas Ahli Exco Terengganu Datuk Ghazali Taib menerusi Facebook miliknya mendapat sokongan rakyat.


Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, dianggarkan 600 anggota tentera akan terbabit membantu polis menjalankan tugas pengawasan pergerakan  orang ramai negeri ini.

“Setakat ini, 800 anggota dan pegawai polis bertugas siang malam bagi mengawal pergerakan orang ramai sejak Rabu (18 Mac 2020) lalu. 

"Penambahan 600 anggota tentera akan dapat ditingkatkan aktiviiti pengawasan,” katanya. - KitaReporters

40
9
1
2
1
You will be interested