Alam & Sains 07 Jun, 2021

Berita Terkini| Warga emas: Jangan pilih-pilih vaksin! Tiada jaminan akan terima jenis tertentu!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

GOLONGAN warga emas disaran mengambil vaksin yang telah ditetapkan sahaja. 


WARGA emas diminta supaya tidak memilih-milih jenis vaksin Covid-19 yang akan diterima kerana tiada jaminan untuk golongan berkenaan menerima jenis vaksin tertentu meskipun tarikh temu janji dijadualkan semula.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, golongan itu disaran mengambil vaksin yang telah ditetapkan sahaja.

“Tarikh temu janji akan dijadualkan semula tetapi kita perlu beritahu walaupun kita jadualkan semula anda tidak boleh pilih vaksin anda, jadi tidak ada jaminan untuk dapatkan Pfizer.

“Saranan kami tolong ambil apa juga vaksin yang diberikan kepada anda sebab Sinovac pun sekarang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (​WHO), perlindungan tinggi kepada kematian, jadi jangan memilihlah,” katanya seperti dilapor oleh Malaysia Gazette pada Isnin, 7 Jun 2021.

Dalam pada itu, Khairy berkata dia berpuas hati dengan proses PPV di KLCC namun beberapa kemudahan seperti kerusi roda perlu ditambah berkenaan memandangkan keutamaan pada fasa itu masih kepada golongan warga emas.

Tambah beliau, PPV itu membuka kepada 3,900 penerima vaksin sahaja untuk hadir hari ini sebagai permulaan dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 10,000 orang sehari. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

GAMBAR hiasan... warga emas diminta tidak memilih vaksin yang akan diterima kerana tiada jaminan untuk golongan itu terima jenis tertentu. kredit Foto Sinar Harian

1
0
0
0
0
You will be interested