Alam & Sains 08 Feb, 2020

GANAS!! BERDIRI SEBELAH PUN BOLEH BERJANGKIT

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

GANAS betul wabak koronavirus!! boleh berjangkit walaupun hanya berdiri di sebelah pesakit yang positif virus berkenaan. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki China yang berusia 56 tahun selepas berdiri kira-kira 15 saat di sebelah seorang wanita yang positif. : KitaReporters.com

SEHINGGA kini hampir 35,000 orang dijangkiti positif koronavirus sehingga membimbangkan masyarakat dunia. - Foto Reuters


Kejadian itu menyebabkan pasukan paramedik di China kini sedang meneliti sejarah perjalanan pesakit berkenaan.

Wow ganas tul... berdiri bersebelahan pun boleh berjangkit juga.

Lebih mengejutkan hasil pemeriksaan daripada Suruhanjaya Kesihatan Jiangbei yang dipetik oleh laporan dailystar.co.uk sebagai berkata, pesakit yang dinamakan ‘pesakit 5’ itu sebelum ini pernah berdiri dengan seorang wanita yang dijangkiti koronavirus di sebuah pasar malam pada 23 Januari 2020.

Maklumlah di tempat awam...

Malah, pada hari yang sama, ‘pesakit 5’ turut mengunjung dua buah pasar raya dan sebuah restoran sebelum di sahkan positif wabak 2019 Novel Koronavirus atau 2019-nCoV tersebut.

Bagi mengelakkan lebih ramai lagi yang dijangkiti, pegawai kesihatan Jiangbei mendedahkan,19 individu yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan telah dikuarantin.

Bagus juga..bagi mengelak individu lain  turut dijangkiti. 

PASUKAN paramedik bergegas memberikan rawatan terbaik kepada pesakit yang dijangkiti wabak yang sedang mengganas di China. - Foto Independent.co.uk.


Setakat Sabtu, 8 Februari 2020 ini, menurut laporal AlJazeera.com, angka korban akibat nCoV atau virus Wuhan ini mencecah lebih 700 kepada 722 dengan wilayah Hubei, pusat punca wabak, mencatat sekurang-kurangnya 81 kematian, manakala jumlah yang disahkan positif dijangkiti koronavirus sudah menghampiri 35,000 orang.

Sementara itu, di Malaysia, jumlah mereka yang disahkan positif meningkat kepada 15 orang pada Jumaat, 7 Februari 2020 selepas seorang lagi pelancong China yang tiba di Singapura dan kemudian bercuti di Johor Bahru pada Januari 2020 diumumkan dijangkiti koronavirus. KitaReporter.Com

 

 

1
2
22
1
1
You will be interested