Sukan 18 Nov, 2019

SNBJ FULL HOUSE! AWASI LAMBAKAN PENYOKONG

@ahmad shazwan md yusof
Freelance writer/blogger. Melaka United Media editor. Former Online Reporter at Utusan Online.

Share this

PERKHABARAN tiket aksi antara Malaysia dan Indonesia 'laku keras' untuk aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 merupakan satu berita baik buat bola sepak tanah air. : KitaReporters.com


Situasi ini merupakan kesinambungan keterujaan penyokong Harimau Malaya selepas menyaksikan kebangkitan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe membenam Thailand 2-1 di laman sendiri Khamis (14/11/2019) lalu.

Malaysia yang kini berada di kedudukan keempat kumpulan C bakal berdepan 'musuh tradisi', Indonesia pada aksi timbal balik selepas menang 3-2 ke atas skuad Garuda dan apa yang lebih manis kejayaan itu direkodkan di gelanggang keramat lawan, Gelora Bung Karno di Jakarta.

Malam esok (19/11/2019), dianggarkan sekitar 85,000 penyokong bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kuota hanya 2,500 tiket diperuntukkan buat penyokong Indonesia.

Namun, beberapa kelemahan dan situasi yang mungkin akan berlaku malam esok perlu diperbaiki pengurusan dan diawasi penyokong bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Inilah peluang terbaik bagi ulat tiket untuk meraih keuntungan berlipat ganda selepas kesemua 85,000 tiket dijual secara dalam talian.

Jika tiket bagi tempat duduk terbuka dijual pada harga RM30, tidak mustahil harga tersebut mampu melambung dua atau tiga kali gandi menjadi RM50 hingga RM100.

Bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku, tiada tiket berikan sokongan di depan televisyen.


Situasi ini antara perkara yang perlu dielakkan kerana ini bakal mengundang kejadian yang lebih parah jika emosi mula merasuk penyokong.

Perkara ini berlaku ketika aksi menentang Thailand pada minggu lalu selepas sebanyak 5,000 penyokong Thailand hadir menyaksikan perlawanan tersebut sedangkan jumlah tiket yang diperuntukkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya 2,500 sahaja.

Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan pasukan keselamatan menempatkan penyokong di tempat sepatutnya tetapi boleh mengancam keselamatan dan nyawa penyokong tersebut. 

Penyokong digalakkan datang awal ke stadium bagi mengelakkan berlakunya kesesakan trafik di pintu masuk. Ini kerana proses mengimbaskan kod bar oleh petugas keselamatan pastinya mengambil sedikit masa.

Ini belum lagi kes tiket yang dicetak gagal diimbas penyokong terpaksa ke laluan lain dan itu pastinya memakan masa yang lama.


Jualan tiket dengan kerusi bernombor telah diperkenalkan TicketHotline bagi memastikan setiap penyokong yang membelinya mempunyai tempat duduk masing-masing.

Sejak diperkenalkan beberapa perlawanan lalu, terdapat segelintir penyokong yang keras kepala duduk secara bebas di tempat duduk penyokong lain dan apabila diminta beralih tempat, situasi tegang boleh berlaku.

Apa yang menyedihkan, ada penyokong mendakwa, petugas di dalam stadium tidak membantu mereka mendapatkan semula tempat duduk mereka yang telah diambil oleh penyokong lain.

Kawasan curva atau 'ekor' Harimau Malaya ini sudah ditetapkan oleh TicketHotline di level tiga bermula dari zon 306 hingga 311. 

Kedudukan ini dikenali sebagai zon ultras. Sebaiknya penyokong tidak membeli tiket di kawasan ini terutama yang tidak berminat ikut serta pergerakan mereka ketika sebelum, ketika dan selepas perlawanan berlangsung.

Keadaan ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa apatah lagi kelompok ini akan berdiri teguh di belakang pasukan selama 90 minit perlawanan.


Situasi kehadiran melebihi kapasiti stadium satu situasi yang membimbangkan kerana kerap kali berlaku apabila tiket berjaya dijual sepenuhnya.

Ada segelintir penyokong yang degil cuba mengelak tiket mereka daripada diimbas dan kemudiannya menjual semula tiket berkenaan kepada orang lain yang berada di pekarangan stadium.

Itu belum lagi jika terdapat cubaan masuk menggunakan tiket kanak-kanak sebagai alternatif mudah untuk mereka ke stadium. 

Semoga segalanya berjalan lancar malam esok dan kemenangan milik Harimau Malaya! - KitaReporters.com / Foto: FAM

  

You will be interested

'SUPER MARIO' BUAT HAL!! ROSAKKAN KAMERA

Ketika berjalan keluar, Mario Balotelli melepaskan geramnya apabila memukul dengan kuat kamera yang diletakkan di atas tripod di tepi padang.

Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 9 months ago

KERANA FUTSAL, 600 ALUMNI UUM BERKUMPUL

KARNIVAL Futsal Alumni UUM 2019 di Uptown Sport Bangi, Selangor pada hari Sabtu (17/11/2019) yang lalu mengumpulkan seramai lebih 600 mantan pelajar.
Editor Satu in Sukan 8 months ago

'SPIDER-WOMAN' BANGKIT SELEPAS PATAH KAKI

WALAUPUN pernah terjatuh ketika memanjat dinding hingga mengalami patah kaki, namun ia tidak melunturkan semangat Wan Atirah Hidayah Ahmad Fauzi dalam sukan mendaki ini.
Sahbulah Mohamad Darwi in Sukan 8 months ago

AL-SULTAN ABDULLAH JADI PENAUNG DIRAJA SAM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan untuk menjadi Penaung Diraja SAM
Editor Satu in Sukan 8 months ago

[VIDEO] AHLI FISIOTERAPI PUN KENA KAD KUNING

Ahmad Ibrahim Ahmad Jaafar yang bertugas sebagai ahli fisioterapi bagi FAM dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan
Mohd. Hazli Hassan in Sukan 8 months ago