Sukan 14 Nov, 2019

AL-SULTAN ABDULLAH JADI PENAUNG DIRAJA SAM

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this
PERSATUAN Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan untuk menjadi Penaung Diraja persatuan itu. : KitaReporters.com


Menurut SAM dalam satu kenyataan media, perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong XVI, Kolenal (B) Datuk Nazim Mohd Alim melalui surat dari Istana Negara yang diterima oleh SAM pada Khamis (14/11/2019) ini.

Penaung SAM sebelum ini ialah Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

SAM yang diketuai Presiden, Jasni Shafie telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 30 Oktober lalu untuk mempersembahkan hasrat mempersilakan Seri Paduka Baginda untuk menjadi Penaung Diraja SAM bagi menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda yang telah menjadi Penaung Diraja yang pertama sejak penubuhan SAM.


"Dengan perkenan Seri Paduka Baginda untuk menjadi Penaung Diraja SAM ini, ia adalah pengiktirafan tertinggi kepada penggiat media sukan tanah air dan melambangkan minat serta keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap sukan negara yang tidak berbelah-bahagi.

"Keprihatinan dan minat serta latar belakang Seri Paduka Baginda Tuanku dalam arena sukan tempatan dan antarabangsa memberikan kami keyakinan bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku adalah calon paling tanjak dan tepat meneruskan legasi Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Penaung Diraja persatuan ini.’’ kata Jasni dalam kenyataan media berkenaan.

SAM berharap, katanya, melalui perkenan ini, ia akan memberikan semangat dan keyakinan kepada ahli-ahli untuk terus membantu pembangunan sukan negara melalui laporan yang berwibawa dan dihormati dalam media massa.


Sebelum ini, SAM yang menaungi penulis dan pengamal media sukan seluruh negara berbangga apabila Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah SAM-100 Plus dan Sambutan Ulang Tahun 50 Tahun Penubuhan SAM di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 10 April 2019.

2
1
0
0
0
You will be interested

UNITED, REAL DAN BARCELONA REBUT HALAND

ERLING HAALAND, penyerang muda berusia 19 tahun, kini menjadi rebutan kelab gergasi Eropah selepas mencipta rekod menakjubkan 20 gol dalam hanya 13 perlawanan.

Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 4 years ago

KERANA FUTSAL, 600 ALUMNI UUM BERKUMPUL

KARNIVAL Futsal Alumni UUM 2019 di Uptown Sport Bangi, Selangor pada hari Sabtu (17/11/2019) yang lalu mengumpulkan seramai lebih 600 mantan pelajar.
Editor 1 in Sukan 4 years ago

SNBJ FULL HOUSE! AWASI LAMBAKAN PENYOKONG

Malam esok (19/11/2019), dianggarkan sekitar 85,000 penyokong bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kuota hanya 2,500 tiket diperuntukkan buat penyokong Indonesia.
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 4 years ago

[VIDEO] AHLI FISIOTERAPI PUN KENA KAD KUNING

Ahmad Ibrahim Ahmad Jaafar yang bertugas sebagai ahli fisioterapi bagi FAM dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan
Mohd. Hazli Hassan in Sukan 4 years ago

WOW! ANNA CAIRKAN JURI LUNCUR AIS AMERIKA

Remaja 15 tahun itu muncul menjadi wanita pertama yang melengkapkan dua lompatan ‘quadruple Lutz’ menerusi pertandingan Skate America 2019
Yati Yazid in Sukan 4 years ago