Sukan 07 Nov, 2019

WOW! ANNA CAIRKAN JURI LUNCUR AIS AMERIKA

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang berkhidmat selama 12 tahun dan pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan biro Kuala Terengganu.

Share this
MELIHAT aksi lincah, Anna Shcherbakova ketika beraksi di gelanggang ternyata memukau!

Remaja 15 tahun itu akhirnya muncul menjadi wanita pertama yang melengkapkan dua lompatan ‘quadruple Lutz’ menerusi pertandingan Skate America 2019 (Luncur Ais Amerika 2019) dan sekali gus menjuarai gelaran Grand Prix seniornya yang pertama di Amerika Syarikat.

 


Dalam pertandingan Skate America 2019 yang berlangsung Las Vegas, hujung bulan lepas, Anna berjaya mencuri perhatian juri dengan melakukan quad Lutz, kombinasi ‘triple toe’ dan diikuti dengan quad Lutz secara solo dengan sempurna.  

Lebih memukau, kostumnya yang digayakan juga bertukar warna sekelip mata turut membuat juri dan penonton yang menyaksikan tidak berkelip mata.

Memetik en.goodtimes.my, Anna pada awal penampilan mengenakan kostum berwarna biru sepanjang separuh masa pertama sebelum Anna menambah gimik pada persembahannya apabila kostumnya bertukar kepada warna merah dengan pantas sebaik sahaja pusingan selesai dilakukan!

Lebih mengujakan remaja tersebut berjaya mempamerkan aksi ‘triple’ Lutz, gelungan dan pusingan sebanyak dua kali berturut-turut.


Aksi memukau sepanjang lapan minit ternyata mencairkan hati juri dan memperoleh jumlah mata keseluruhan sebanyak 227.76, sekali gus melayakkan dirinya muncul sebagai juara.

Remaja kelahiran Rusia itu mengakui dia sangat teruja menyertai pertandingan, namun dalam masa sama muncul perasaan takut untuk beraksi di pentas besar.

“Saya sangat teruja untuk meluncur pertama kali di Grand Prix Senior ini, tapi dalam masa berasa sedikit gementar namun semuanya berjalan dengan lancar seperti yang saya impikan.

“Jurulatih saya juga membantu saya membuat persembahan yang terbaik,” katanya.

Anna juga berkongsi dia berpuas hati dengan persembahan walaupun mengakui penat melakukan latihan sejak beberapa bulan lalu.

“Kami kerap berlatih untuk aksi ini pada setiap kali sesi latihan. Saya gembira kerana berjaya lakukannya,” tambah Anna.

Dalam masa sama, Anna menaruh harapan untuk terus ‘terbang’ tinggi dalam dunia ini dan dapat melakukan aksi lompatan paling sukar dalam acara luncur ais bebas iaitu ‘triple axel’ dalam persembahannya akan datang.

Semoga apa yang diidamkan Anna mampu digapai.

Selamat maju jaya buat Anna!

Jom kita tengok kehebatannya menerusi video ini yang telah disaksikan lebih 900,000 penonton di YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=uGCgJlDbZ4M


You will be interested

'SUPER MARIO' BUAT HAL!! ROSAKKAN KAMERA

Ketika berjalan keluar, Mario Balotelli melepaskan geramnya apabila memukul dengan kuat kamera yang diletakkan di atas tripod di tepi padang.

Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 8 months ago

KERANA FUTSAL, 600 ALUMNI UUM BERKUMPUL

KARNIVAL Futsal Alumni UUM 2019 di Uptown Sport Bangi, Selangor pada hari Sabtu (17/11/2019) yang lalu mengumpulkan seramai lebih 600 mantan pelajar.
Editor Satu in Sukan 7 months ago

SNBJ FULL HOUSE! AWASI LAMBAKAN PENYOKONG

Malam esok (19/11/2019), dianggarkan sekitar 85,000 penyokong bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kuota hanya 2,500 tiket diperuntukkan buat penyokong Indonesia.
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 7 months ago

'SPIDER-WOMAN' BANGKIT SELEPAS PATAH KAKI

WALAUPUN pernah terjatuh ketika memanjat dinding hingga mengalami patah kaki, namun ia tidak melunturkan semangat Wan Atirah Hidayah Ahmad Fauzi dalam sukan mendaki ini.
Sahbulah Mohamad Darwi in Sukan 7 months ago

AL-SULTAN ABDULLAH JADI PENAUNG DIRAJA SAM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan untuk menjadi Penaung Diraja SAM
Editor Satu in Sukan 7 months ago