Sukan 21 Nov, 2019

BECKHAM VS BECKHAM: INTER MIAMI VS GALAXY

@ahmad shazwan md yusof
Freelance writer/blogger. Melaka United Media editor. Former Online Reporter at Utusan Online.

Share this
INTER MIAMI akan menentang bekas kelab lama David Beckham, LA Galaxy pada Mac depan untuk kemunculan pertama kelab itu dalam Liga Utama Bola Sepak (MLS) Amerika Syarikat (AS). : KitaReporters.com


Impian kelab yang dinaungi bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu bakal menjadi realiti selepas berakhirnya riwayat Miami Fusion dan digantikan Inter Miami.

Berikut merupakan perkara yang anda perlu tahu mengenai kelab kaya di MLS ini.


'Kematian' Miami Fusion

Penubuhan Inter Miami setidak-tidaknya mampu menyambung hayat pasukan setempat terdahulu, Miami Fusion.

Mempunyai nama seakan sebuah kelab malam, Miami Fusion merupakan salah sebuah pasukan MLS yang ditubuhkan pada 1997.

Namun selepas empat musim bersaing di MLS, hayat pasukan itu berakhir selepas menanggung beban hutang yang tinggi dan diburukkan lagi dengan jualan tiket yang rendah serta kekurangan dana tajaan.

Selepas 'kematian' Miami Fusion, bekas pemilik, Ken Horowitz berjaya mengenal pasti permasalahan sebenar dihadapi kelab dengan kerugian dilaporkan sebanyak RM61.78 juta.

Namun begitu, aksi bagi skuad remaja pasukan berkenaan masih lagi berjalan bagi menarik minat syarikat korporat menyuntik dana ke dalam pasukan.

Satu perkara menarik yang didapati Horowitz adalah sebahagian besar populasi imigran di Miami telah mula menyokong pasukan itu berbanding penduduk setempat.


Kelahiran Inter Miami

Pada 2012, sedekad selepas berakhirnya Miami Fusion, MLS menyatakan minat untuk meluaskan francais bola sepak negara itu ke bandar berkenaan.

Gergasi Sepanyol, Barcelona cuba untuk menubuhkan sebuah pasukan di bandar berkenaan namun 'Miami-Barcelona' tidak dapat direalisasikan atas alasan 'keadaan pasaran kurang baik' biarpun mendapat sokongan penuh usahawan Bolivia, Marcelo Claure.

Namun segalannya berubah tiga tahun kemudian apabila Beckham menandatangani kontrak mega bersama LA Galaxy.

Dengan reputasi besar dan status selebriti yang dimiliki Beckham, jualan tiket mula melonjak tinggi dan dalam hanya beberapa minggu, kelab tersebut mendapat tajaan jersi baharu bernilai RM107.4 juta.

Kehadiran Beckham dikatakan tepat pada masanya, di mana ketika MLS begitu terdesak mahukan pemain bintang bertaraf dunia beraksi dalam liga berkenaan.

Apa yang menariknya, kontrak Beckham telah disertakan bersama opsyen membeli sebuah pasukan baharu MLS pada harga RM134.30 juta di mana-mana lokasi kecuali New York.

Bekas kapten England itu akhirnya mengaktif klausa kontrak berkenaan pada Februari 2014.

Beckham mengetuai sebuah kumpulan pelabur yang digelar 'Miami Beckham United' bersama-sama Claure dan usahawan United Kingdom (UK), Simon Fuller.

Proposal untuk membina sebuah stadium baharu di Miami beberapa kali ditolak dan perbincangan bersama majlis perbandaran agak sulit.

Selepas empat tahun mencuba, MLS akhirnya memberi lampu hijau kepada Beckham dan rakan-rakan pelabur untuk meneruskan rancangan Inter Miami.


Di mana mereka akan beraksi?

Inter Miami akan memulakan perjalanan mereka di lokasi sama seperti Miami Fusion. Sebanyak RM268.6 juta akan dilaburkan bagi menaik taraf Stadium Lockhart serta membina padang latihan untuk pasukan itu.

Kapisiti Stadium Lockart juga akan ditambah kepada 18,000 tempat duduk dan akan digunakan sebagai laman Inter Miami ketika melayan kunjungan LA Galaxy pada 14 Mac depan.


Stadium Lockart akan dijangka digunakan selama dua tahun sebagai gelanggang mereka sebelum stadium utama yang berkapasiti 25,000 tempat duduk di Miami Freedom Park siap sepenuhnya dan digunakan pada 2022.

Namun begitu, Stadium Lokhart yang akan dikenali sebagai Stadium Fort Lauderdale tetap akan dijadikan padang latihan kelab biarpun mereka akan berpindah ke stadium baharu. 



Stadium baharu serba moden Inter Miami dilaporkan menelan kos sebanyak RM4 bilion, dilengkapi kafe di atas bumbung, 750 bilik hotel, tanah seluas 131 ekar dan pelbagai lagi kompleks akan dibina di sekitar stadium.

Beckham dan rakan pelaburannya juga akan menyuntik dana tahunan secara ansuran sebanyak RM83.26 juta bagi menaiktaraf kawasan meletak kenderaan di bandar Miami dalam tempoh 30 tahun, faktor utama mengapa rancangan Inter Miami diluluskan. 



Imej kelab

Kesemua kelab di bawah MLS adalah berada di bawah kontrak gergasi pakaian sukan, Adidas dan Inter Miami tidak terkecuali.

Logo kelab memaparkan dua ekor burung Puchong yang bersambungan kakinya. Burung tersebut hanya ditemui di kawasan selatan Florida, namun ada dalam kalangan penyokong yang menyangka logo mereka memaparkan burung Falmingo.

Di tengah-tengah logo terdapat imej matahari dengan tujuh belahan cahaya melambangkan nombor tujuh yang digunakan Beckham ketika menjadi pemain bola sepak.

Warna hitam, merah jambu dan putih merupakan warna rasmi kelab.


Siapa individu di belakang tabir?

Sememangnya Beckham merupakan utama dengan jawatan rasmi sebagai pemilik dan pengerusi operasi bola sepak.

Dia disertai Claure yang difahamkan mempunyai kekayaan sebanyak RM3.76 bilion yang berperanan sebagai pengerusi kelab. Claure merupakan pemilik syarikat teknologi multinasional, Brighstar dan berpengalaman mengendalikan kelab bola sepak.

Claure mengambil alih Club Bolivar pada 2008 yang merupakan kelab gergasi di Bolivia dan dijangka membawa masuk beberapa pakar berpengalaman sebagai ahli lembaga pengarah.

Usahawan kelahiran AS-Cuba, Jose dan Jorge Mas mempunyai jalinan yang kukuh dengan komuniti di Miami. Adik-beradik ini akan berperanan sebagai pemilik dan menguruskan kelab.

Seorang lagi individu di balik tabir adalah Masayoshi Son. Beliau merupakan lelaki kedua terkaya di Jepun dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Softbank. Kekayaannya dianggarkan sebanyak RM3.76 trilion.


Bagaimana mereka membentuk pasukan?

Satu tugasan yang sukar perlu diselesaikan bagi mempersiapkan pasukan untuk musim 2020.

Beckham memain peranan penting dalam mempengaruhi pemain menyertai pasukan itu. Ini kerana MLS hanya membenarkan setiap kelab mengambil tiga pemain 'designated'  yang berada di melebihi tangga gaji ditetapkan.

Ini bermaksud kelab dibenarkan berbelanja besar menarik beberapa nama besar menyertai mereka.

Pemain muda berbakat besar dari Estudiantes, Matias Pellegrini sah menyertai Inter Miami dengan yuran perpindahan RM37.6 juta. 

Penyertaannya disusuli penyertaai seorang lagi pemain muda Argentina, Julián Carranza yang menjaringkan 10 gol dalam dua musim ketika bersama Banfield. 

Selain dua pemain berbakat besar tersebut, pemain muda Venezuela Christian Makoun turut menerima tawaran beraksi bersama Inter Miami.  



Siapa nama besar dalam radar?

Beckham pernah menyatakan kerisauannya terhadap baki dua lagi kuota pemain 'designated'  dengan menawarkannya kepada bintang bola sepak di Eropah yang berada pada penghujung karier.

"Kita semua tahu bagaimana hebatnya Miami sebagai tempat tinggal bersama keluarga tetapi kami tidak mahu pemain yang datang ke sini hanya untuk mengakhiri karier dan berfikir, Oh, ayuh nikmati beberapa tahun di Miami dan bermain hanya beberapa aksi bola sepak.

"Itu bukan yang kita mahukan. Kita mahu pemain yang sentiasa laparkan (kejayaan), yang bermain pada tahap tertinggi dan mahukan kemenangan (dalam setiap perlawanan).

Wayne Rooney, Antoine Griezmann, James Rodriguez dan Radamel Falcao dikaitkan dengan perpindahan ke Miami. 

Profil Rodriguez yang kini berusia 28 tahun adalah jauh lebih baik berbanding Falcao yang agak bergelut mendapat minit beraksi untuk Galatasaray pada usia 33 tahun.


Siapa akan jadi bos pertama Inter Miami?

Nama pengurus sulung Inter Miami masih belum diumumkan biarpun pelbagai nama besar dikaitkan untuk mengisi kerusi panas tersebut.

David Moyes, Thierry Henry, Carlo Ancelotti dan Gennaro Gattuso disebut-sebut antara calon berpotensi mengisi jawatan tersebut.

Difahamkan, Beckham bersimpati terhadap nasib yang menimpa Moyes sebagai pengganti Sir Alex Ferguson di Manchester United dan mendapatkan Ancelotti mungkin lebih mudah selepas 'perang sivil' antara dia dan lembaga pengarah Napoli.

Siapa sahaja yang dipilih perlulah menyesuaikan diri dengan cepat kerana sudah pasti setelah pengurus baharu diumumkan baharulah nama-nama pemian yang dipilih akan menyusul. - KitaReporters.com / Foto: Inter Miami CF, SS Napoli, James Rodriguez

3
0
0
0
0
You will be interested

UNITED, REAL DAN BARCELONA REBUT HALAND

ERLING HAALAND, penyerang muda berusia 19 tahun, kini menjadi rebutan kelab gergasi Eropah selepas mencipta rekod menakjubkan 20 gol dalam hanya 13 perlawanan.

Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 5 years ago

SNBJ FULL HOUSE! AWASI LAMBAKAN PENYOKONG

Malam esok (19/11/2019), dianggarkan sekitar 85,000 penyokong bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kuota hanya 2,500 tiket diperuntukkan buat penyokong Indonesia.
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 5 years ago

AL-SULTAN ABDULLAH JADI PENAUNG DIRAJA SAM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan untuk menjadi Penaung Diraja SAM
Editor 1 in Sukan 5 years ago

[VIDEO] AHLI FISIOTERAPI PUN KENA KAD KUNING

Ahmad Ibrahim Ahmad Jaafar yang bertugas sebagai ahli fisioterapi bagi FAM dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan
Mohd. Hazli Hassan in Sukan 5 years ago

WOW! ANNA CAIRKAN JURI LUNCUR AIS AMERIKA

Remaja 15 tahun itu muncul menjadi wanita pertama yang melengkapkan dua lompatan ‘quadruple Lutz’ menerusi pertandingan Skate America 2019
Yati Yazid in Sukan 5 years ago