Politik & Negara 04 Dec, 2023

Video| Di sebalik kehancuran Gaza, ada hikmah luar biasa daripada Allah! Ramai tak pernah fikirkan!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023. E-mel: [email protected]

Share this



SUDAH lebih 50 hari sejak serangan Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, setakat ini lebih 15,000 penduduk Gaza syahid, daripada jumlah itu 70 peratus kanak-kanak dan wanita.

Walaupun dalam tempoh gencatan senjata telah berakhir pada 1 Disember 2023, keruntuhan dan kemusnahan di Gaza memang pada tahap teruk dan serius. Penderitaan rakyat Gaza tidak boleh diucap dengan kata-kata, amat menyedihkan sesiapa yang membaca dan melihatnya setiap hari.

Tapi, Allah Maha Adil dan Maha Besar! Di sebalik kemusnahan dan kesengsaraan itu, Dia gantikan sesuatu yang lebih baik yang tidak pernah manusia fikirkan. Apa hikmah di sebalik peperangan di Gaza? 

Ustaz Dr Mat Rofa Ismail menghuraikan satu persatu dalam kuliah maghrib di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ikuti kuliahnya bertajuk, "Masa Depan Untuk Islam".


Ustaz Dr Mat Rofa Ismail


"Peperangan di Gaza menjadikan masyarakat Amerika Syarikat mula melihat kejadian itu dalam perspektif yang berbeza. Sebelum ini mereka melihat Hamas pengganas tapi selepas menyaksikan sendiri kebenaran melalui media sosial dan media massa, perkataan pengganas kini dihala kepada rakan mereka, Israel.

"Sebaliknya mereka kagum dengan kekuatan mental umat Islam di Gaza yang mampu mengawal perasaan, boleh tersenyum dan terus berdoa walaupun anak, isteri, suami, ayah, datuk, nenek dan saudara mereka terbunuh. Hasil rasa ingin tahu, mereka mengkaji kerana perkara itu tiada di Barat malah jika berlaku kematian, mereka pasti meraung. 

"Hasil yang mereka temui ialah penduduk Gaza menyerah penggantungan sepenuhnya kepada Allah. Inilah kekuatan luar biasa.

"Bayangkan sebuah perkampungan kecil bernama Gaza ditentang sebuah negara bernama Israel, Amerika Syarikat, sebahagian Amerika Selatan, kesatuan Eropah, NATO, Australia, India, Jepun, Singapura, Thailand. 

"Mereka bersatu untuk menghancurkan sebuah kampung (Gaza), memang peperangan yang berat sebelah kerana penduduk Gaza tidak memiliki apa-apa berbanding mereka yang ada senjata berteknologi tinggi, ketenteraan dan segala-galannya. 

"Justeru, timbul simpati masyarakat Barat bagaimana kekuatan kuasa-kuasa besar tidak dapat menghancurkan sebuah perkampungan kecil bernama Gaza walaupun sudah memasuki hari ke-54. Gencatan senjata menunjukkan mereka sudah tewas kerana matlamat awal ialah menghancurkan Gaza sampai lumat tapi tiba-tiba mereka berundur ke belakang dan menerima gencatan senjata.


 

Adab dan akhlak Islam yang diamalkan tentera Hamas menyebabkan tawaran Israel terpaut dan jatuh hati dengan mereka.


"Sebanyak lebih 15,000 penduduk Gaza syahid, 36,000 cedera dan 1.5 juta menjadi pelarian. Ia mengimbau sejarah tahun 1948 apa yang kita sebut "Nakba". Mereka dihalau dari kampung halaman dan dibunuh. 

"Bagi masyarakat Barat yang ada hati kecil, mereka bersimpati dan bertanya mengapa penduduk Gaza diperlakukan sedemikian. "Israel sanggup membunuh kanak-kanak tidak berdosa dan melakukan pengeboman pada 20 November 2023 iaitu Hari Kanak-Kanak Sedunia. Ini bukti jelas niat mereka mahu menghapuskan manusia dan kemanusiaan. 

"Peristiwa yang berlaku di Gaza boleh berlaku di mana-mana saja jika umat Islam menjadi lemah. Inilah iktibar yang patut diambil umat Islam di seluruh dunia. 

 "Di Gaza saja, Israel mengebom 253 masjid termasuk Masjid Malaysia. Apabila berlaku gencatan senjata, kita lihat sesuatu yang menarik mengenai Hamas terhadap tawanan perang. Ini mengulangi apa yang berlaku ketika zaman Rasulullah SAW. Contohnya ketika Perang Badar, lepas menang dan menawan ramai tentera musuh, mereka amat lapar, ada memasak roti tapi apa yang berlaku ia bukan dimakan tentera Islam tapi diberi kepada tawanan perang.



"Inilah yang berlaku apabila tawanan memuji kebaikan tentera Hamas sehingga ada mengutuskan warkah cinta memberitahu kebaikan tentera Hamas melayan mereka dan anak-anak kecil dengan lembut dan memenuhi apa saja permintaan mereka.

"Layanan seperti ini tidak pernah berlaku di tempat mereka. Wanita itu turut bersyukur menjadi tahanan Hamas kerana itu dia dapat melihat kebaikan mereka.  Peristiwa ini sudah viral di seluruh dunia kerana tidak pernah berlaku dalam mana-mana peperangan moden.

"Masyarakat Barat amat hairan, apa rahsia tentera Hamas tidak menzalimi tawanan perang? Mereka terus mengkaji dan mendapat jawapan mendapat jawapan Islam yang menjadikan tentera Hamas lemah lembut dan menjaga adab. Bukan Hamas yang baik tapi roh Islam yang ada dalam diri tentera Hamas itu menjadi mereka insan yang mulia. 

"Berbanding tawanan tentera Israel dizalimi, dipukul dan diseksa. Ada kes tahanan wanita Palestin dirogol dalam penjara, hidung dipotong sehingga muka menjadi cacat seumur hidup. 

"Sebelum ini dunia menganggap Hamas pengganas dan Israel berhak mempertahan diri mereka. Tapi apa yang berlaku membuktikan sebaliknya. Dunia Barat terkejut dan terkedu!. 

"Kini, mereka  sedar peperangan di Gaza bukan antara tentera Israel dan Hamas tapi sebaliknya satu pembunuhan bangsa Palestin yang tidak berdosa. 

"Dalam tempoh gencatan senjata , wartawan dan pihak media dapat masuk dan melihat sendiri apa yang berlaku di Gaza. Inilah menakutkan Israel kerana pihak media akan mengambil gambar, menemu bual mangsa dan melaporkan kejadian sebenar! Sekarang siapa sebenarnya pengganas. 

"Apabila berlaku peperangan di Gaza, ada negara di Eropah yang dulu menyokong Israel kini berubah pendirian, contohnya Sepanyol selepas melihat kekejaman Israel. Kini, mereka adalah penyokong kuat Palestin dan mengiktiraf negara Palestin. Ia sama seperti Venezuela yang mahu Israel di bawa ke tribunal perang kerana mendakwa apa yang berlaku bukan peperangan tapi pembunuhan beramai-ramai (genosid).


Daniel dan anaknya Emilia selepas dibebaskan, dia sanggup menulis warkah dalam bahasa Hebrew untuk menyatakan pujian dan sanjungan kepada tentera


"Malah, masyarakat di Barat mulai mencari kebenaran Islam dan ingin tahu mengenai Islam selepas apa yang berlaku di Gaza. Ramai masyarakat Eropah dan Amerika memeluk Islam berbondong-bondong. 

"Perangai Orang Barat apabila mereka mengkaji dan mendapat sesuatu keputusan, mereka boleh bertukar pandangan. Tidak hairanlah jualan al-Quran di Amerika laris seperti goreng pisang kerana mereka mahu tahu apa kandungan kitab suci itu.

"Bayangkan majlis berbuka puasa dan solat Tarawih di Royal Albert Hall, England. Sesiapa yang mendengar pasti tidak akan percaya tapi alhamdulillah dengan izin Allah perkara itu menjadi kenyataan. 

"Ini menggambarkan Islam sedang berkembang pesat di kota London dan insya-Allah masa depan Islam akan gemilang. Ada juga gereja yang menjemput orang Islam berbuka puasa kerana gereja sudah tiada jemaah da kosong. 

"Bayangkan 10 kota di London, semua Datuk Bandar adalah orang Islam. Masya-Allah memang hebat jika Allah izinkan. Inilah juga yang akan terjadi kepada Gaza, cuma Allah mahu menguji kita sejauh mana keimanan, kesabaran dan pergantungan kepada Dia. Begitu juga Perdana Menteri Scotland kini seorang Muslim, Humza Yousaf. Allahuakhbar! 

"Kini, ramai intelek Barat menganut Islam selepas mereka mengkaji dan yakin dengan kebenaran Islam. Mereka mengakui ekonomi dunia sekarang tidak dapat diselesaikan kecuali kembali kepada al-Quran. 

"Malah, masyarakat Barat meramalkan Rusia akan menjadi negara Islam dalam tempoh 50 tahun. Mutahir ini, di Eropah, nama yang popular untuk anak yang dilahirkan ialah Muhammad, sesuatu yang memeranjatkan bagi mereka yang bencikan Islam. Ada ramalan 3 orang yang berjalan di muka bumi, seorang daripadanya ialah Muslim. 

"Paderi besar Kristian membuat kajian mengapa gereja tiada orang dan ditinggalkan, dibeli dan dijadikan masjid. Malah Vatican membuat kajian dan mereka terkejut apabila mendapati umat Islam di seluruh dunia kini sudah mencecah 2.08 bilion, melepasi jumklah penganut Kristian. Secara tidak langsung mereka mengiktiraf Islam sebagai agama terbesar di dunia," katanya. - KitaReporters


22
11
0
16
0
You will be interested