Politik & Negara 03 Mar, 2024

Video| Kerana kalah pilihan raya, bekas wakil rakyat sakit hati! Bakar mercun, rosakkan jalan kampung!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Menjadi wakil rakyat baik pada peringkat Parlimen atau Negeri/Wilayah menjadi impian ramai yang berminat dalam politik dan mengambil faedah untuk  diri sendiri setelah menjawat jawatan itu.

Setelah beberapa tahun berjaya menjadi wakil rakyat terdapat sejumlah calon yang tidak dapat menerima kenyataan apabila kalah pada pengundian Pilihan raya atau Pemilihan Umum (Pemilu) Indonesia 2024.

Justru terdapat beberapa calon yang tewas mengalami gangguan jiwa. Salah seorang ialah H Ahmad Rizal yang gagal mempertahan kerusi negeri iaitu Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) bagi daerah Sabang, Jawa Barat.


Aksi Ahmad Rizal selepas meletakkan sejumlah mercun pada menara masjid dan membakarnya

Dia sebelum ini berjaya menduduki kerusi DPRD Sabang sebanyak 2 penggal di bawah Parti Demokrat.

Namun dalam pilihan raya 2024, Ahmad Rizal beralih ke Parti Nasional Demokrat (NasDem) namun kalah teruk kepada calon baharu yang lebih muda. 

Akibat tidak dapat menerima kekalahan, Ahmad Rizal melakukan kerja gila di luar kewarasan sebagai bekas wakil rakyat. Ahmad Rizal membuat bising sekampung dengan memasang mercun jumbo di menara masjid. 

Ia membuat penduduk Dusun Sengon, Desa Tambakjati, Kecamatan Patokbeusi, Kabupaten Subang terkejut dengan bunyi mercun yang kuat pada waktu tengah hari.

Kemarahan penduduk membuak apabila terdapat laporan penduduk yang mempunyai penyakit jantung meninggal kerana terkejut mendengar letupan mercun berkenaan. 



Hasil rundingan dan campur tangan orang tengah berjaya menghalang  sejumlah penduduk  melakukan tindakan ganas terhadap Ahmad Rizal.

Rupa-rupanya kemarahan Ahmad Rizal kerana kalah dalam pilihan raya tidak berhenti setakat itu.

Dia mengupah orang-orangnya merosakkan jalan kampung itu dengan mencabut batu dan simen jalan. Ini kerana jalan itu dibuat daripada budget ketika dia menjadi wakil rakyat. 

Kerana sakit hati kalah dia sanggup menyusahkan penduduk dengan merosakkan jalan kampung itu. Ia membuat penduduk kampung semakin marah dan ingin membelasah Ahmad Rizal.

Hasil rundingan dan campur tangan orang tengah juga, keluarga Ahmad Rizal sedia membayar kos membaiki semula menara masjid dan membaiki semula jalan kampung yang dirosakkan. - KitaReporters


13
9
0
12
0
You will be interested