HITLER membunuh lebih lima juta Yahudi ketika Perang Dunia Kedua (WW2) kerana tahu bahayanya bangsa itu jika dibiarkan hidup dan berkembang. Walaupun tindakan itu kejam dan tidak berperikemanusiaan, pemimpin Nazi itu pasti ada alasan untuk berbuat demikian.
Pensyarah Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, berkata holokus (holocaust) atau pembunuhan beramai-ramai di antara tahun 1941 hingga 1945 dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir" kepada permasalah bangsa Yahudi.
Beliau berkata, apabila berlaku keributan di Gaza dan pembunuhan rakyat Palestin, kadangkala terfikir juga rasionalnya mengapa puak Nazi membunuh Yahudi kerana jika dibiarkan, inilah hasilnya. Daripada jadi pelarian, mereka merampas tanah dan negara lain.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
"Saya pasti umat Islam tidak bersetuju pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi itu tapi daripada apa yang kita lihat di Gaza hari ini, seolah-olah mereka (Yahudi) patut dihapuskan semuanya.
"Jadi, jika anda mahu mencari jawapan mengapa Hitler melakukan pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi, baca buku Mein Kampf yang dikarang oleh pemimpin Nazi itu, pasti anda temui alasan-alasannya.
"Mein Kampf ditulis ketika Hitler dalam penjara selama enam bulan dan beliau (Hitler) tahu bahaya makhluk bernama Yahudi dan ia perlu dihapuskan atau ekonomi Jerman akan runtuh dan dikuasai golongan itu," katanya dalam Forum Dhuha: Peranan Kita Dalam Pembebasan Al-Aqsa di Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Katanya, sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan
pemikiran Zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Mereka membunuh Nabi yang
diutuskan malah ketika zaman Rasulullah SAW, mereka merancang dengan musuh
untuk menjatuhkan kerajaan Baginda di Madinah.
Dr Ridhuan kesal sejak 75 tahun Israel menceroboh Palestin, negara-negara Islam terutama di Timur Tengah tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan mangsa adalah saudara seagama dengan mereka.
"Ini berlaku kerana negara-negara Islam bukan kuasa besar dunia berbanding blok Barat dan Komunis. Sepatutnya negara Islam membentuk blok ketiga dan memainkan peranan bagi mengimbangi kuasa antara blok Barat dan Komunis.
"Tidak hairanlah, Israel yang asalnya pendatang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedangkan Palestin tidak dilayan begitu sebaliknya dianggap negara yang sudah lenyap di muka bumi ini," katanya.
Justeru, beliau berkata, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia memberi tekanan kepada PBB supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bagi membolehkan negara itu dapat dibantu dari segi ekonomi dan pembangunan rakyat.
Cikgu Azmi
Bagi Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid atau dikenali sebagai Cikgu Azmi, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku Perang Dunia Ketiga (WW3) jika negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Pakistan dan Iran campur tangan dalam perang di Gaza.
Beliau berkata, lebih bahaya ada antara kuasa-kuasa besar itu memilik bom atom dan beliau tidak terkejut jika peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki berulang.
"Jika telahan saya ini benar, ia amat menakutkan, Bukan sahaja lebih banyak nyawa terkorban tapi kuasa-kuasa besar ini akan menjajah negara-negara kecil dan membahagi-bahagikan jajahan sesama mereka," katanya.
Khairul Hakimin Muhammad
Sementara itu, penulis buku terkenal dan usahawan, Khairul Hakimin Muhammad, berkata rakyat Malaysia perlu bijak menggunakan media sosial jika mahu melawan propaganda Yahudi yang 10 tahun ke hadapan berbanding Malaysia.
Beliau berkata, Yahudi menggunakan TikTok untuk menghalalkan perbuatan mereka di Gaza dan mereka sudah bersedia dengan tenaga pakar dan kandungan untuk melawan dan mempengaruhi minda pengguna terutama umat Islam. - KitaReporters