Politik & Negara 03 Jun, 2024

Video| Syabas Imran Sulaiman! Harumkan nama negara di pentas dunia! Pendebat Terbaik Keseluruhan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this


ANAK Terengganu terus mencipta sejarah apabila pendebat Malaysia, Imran Sulaiman, mencipta sensasi di pentas dunia selepas dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan bagi kategori Bukan Penutur Asal Arab pada Kejohanan Debat Bahasa Arab Antara Universiti-Universiti Peringkat Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Doha, Qatar.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) itu telah menewaskan 350 orang peserta dari 50 buah negara yang bertanding pada kejohanan tersebut. 

Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini juga turut membanggakan universiti selepas pasukan debat UKM mendapat tempat ke-4 terbaik dunia daripada 96 penyertaan universiti yang mengambil bahagian.



 


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, turut mengucapkan tahniah kepada Imran yang mencipta nama negara dan mengharumkan negeri Terengganu di pentas dunia melalui kejohanan tersebut.

“Tahniah buat saudara Imran  Sulaiman, anak Terengganu berasal dari Pasir Panjang yang telah mengharumkan nama Malaysia selepas dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan bagi kategori Bukan Penutur Asal Arab pada Kejohanan Debat Bahasa Arab Antara Universiti-universiti Peringkat Antarabangsa 2024,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook miliknya.

"Saya ucapkan syabas kepada Imrah," kata Menteri Besar lagi. - KitaReporters


15
13
0
18
0
You will be interested