Politik & Negara 03 Sep, 2023

RM500j diperuntuk untuk Hospital Sultanah Aminah! Bina bangunan parkir dan beberapa blok baharu! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada Ahad, 3 Ogos 2023.


Usai sesi menghadap (Sultan Johor) saya terus adakan tinjauan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Tinjauan ini dibuat selepas menerima laporan daripada Menteri Besar Johor dan Menteri Kesihatan tentang kesesakan kritikal di HSA yang berlaku sejak puluhan tahun lalu.
Selepas melihat sendiri kemudahan dan fasiliti di sini serta meneliti permintaan yang dibuat saya meluluskan peruntukan segera RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur HSA.
Ia merangkumi pembinaan parkir bertingkat-tingkat yang harus disegerakan serta pembinaan beberapa blok bertingkat-tingkat baharu di HSA.
Saya berharap usaha ini dapat mengurangkan kesesakan di HSA dan juga memberikan keselesaan kepada rakyat yang menggunakan perkhidmatan di hospital ini, Insya-Allah.


8
6
0
13
0
You will be interested