Politik & Negara 04 Sep, 2025

Mana kuasa besar? Peperangan dan kekejaman masih berlaku! Perang Dunia 2 dah tamat 80 tahun! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Selepas 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua, dunia masih lagi dihantui peperangan, penindasan dan kekejaman yang berlaku secara terbuka, tanpa penentangan daripada kuasa-kuasa besar.

"Lebih malang lagi, kuasa-kuasa besar inilah yang sering mendabik dada tentang demokrasi dan hak asasi manusia. 

"Situasi ini mengingatkan kita bahawa keamanan sejati hanya akan tercapai dengan keberanian dan keyakinan teguh untuk menolak kezaliman dalam apa jua bentuk," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memulakan hari terakhir di China dengan memenuhi jemputan Presiden Xi Jinping untuk menyaksikan perarakan memperingati ulang tahun kebangkitan rakyat China dan penamatan Perang Dunia Kedua di Dataran Tian’anmen, Beijing pada Rabu, 3 September 2025.

Katanya, bersama barisan 26 pimpinan dunia, kami diberi penghormatan untuk menyaksikan perarakan ini dari Gerbang Tian’anmen, monumen bersejarah yang pernah menjadi pintu masuk utama ke Kota Larangan sewaktu Dinasti Ming dan Qing.

"Di sebalik pertunjukan aset ketenteraan yang memukau, perarakan ini hakikatnya adalah simbolik penentangan terhadap kezaliman, penindasan, pencerobohan, kerakusan kuasa, kolonialisme dan imperialisme yang menjadi titik hitam dalam sejarah peradaban manusia.

"Namun selepas 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua, dunia masih lagi dihantui penindasan dan kekejaman yang berlaku secara terbuka," jelas beliau.

Perdana Menteri merujuk kepada beberapa tempat di mana konflik serta peperangan yang mana kolonialisme dan imperialisme masih berlaku, khusus di Palestin, Syria dan Lebanon.



Turut menarik perhatian ialah Anwar secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tian’anmen. 

"Saya sempat salam dan tegur sapa," jelas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
8
0
11
0
You will be interested