Politik & Negara 23 Apr, 2023

Kami mohon maaf dengan saudara muhajirin dari pelbagai negara! Gagal tunaikan tanggungjawab! - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Surat terbuka daripada Cikgu Azmi, Presiden MAPIM.

2 Syawal 1444 H 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kepada seluruh
Masyarakat muhajirin di Malaysia.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Sempena Aidilfitri Al-Mubarak, dengan menyusun sepuluh jari bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Islam, memohon maaf kepada saudara muhajirin dari pelbagai negara yang kini berada di tanah air, mencari perlindungan di Malaysia.
MAPIM tahu saudara muhajirin terpaksa melarikan daripada penindasan di negara sendiri dan dengan ini, saudara adalah orang "mazlum" (yang dizalimi). 
MAPIM memahami betapa sukar hidup sebagai muhajirin di negara orang lain dan mengharapkan simpati daripada penduduk tempatan dan kerajaan negara ini.
MAPIM sedar kami belum berperanan secukupnya untuk menunaikan tanggungjawab kami sebagai saudara Islam bagi membantu saudara muhajirin yang dalam kesusahan. Kami berusaha agar dapat meringankan penderitaan saudara muhajirin di Malaysia dengan sedaya termampu.

Kredit foto: Berita Harian


Sebagai umat Islam, kami wajib melaksanakan tanggungjawab kami mengikut perintah Allah:
اِنَّمَا الۡمُؤۡمِنُوۡنَ اِخۡوَةٌ فَاَصۡلِحُوۡا بَيۡنَ اَخَوَيۡكُمۡ ‌ۚ‌وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُوۡنَ
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Surah Al Hujurat ayat 10)
Dan Hadis Rasulullah 
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْن مَالِكٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم قَالَ : (لاَ يُؤْمِنُ أحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَ خِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ )
“Daripada Abu Hamza Anas Ibn Malik R.A. khadam Rasulullah S.A.W daripada Nabi S.A.W. Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
"الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ"
"Orang Muslim itu adalah saudara Muslim lainnya, ia tidak boleh berbuat aniaya terhadapnya dan tidak boleh pula menjerumuskannya."
"مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوادِّهم وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَوَاصُلِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ الْوَاحِدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بالحُمَّى والسَّهَر"
"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam persahabatan kasih sayang dan persaudaraannya sama dengan satu tubuh, apabila salah satu anggotanya merasa sakit, maka rasa sakitnya itu menjalar ke seluruh tubuh, menimbulkan demam dan tidak dapat tidur (istirahat)".
Malah MAPIM memohon maaf atas sikap segelintir rakyat Malaysia yang bertindak kasar dan tidak berperikemanusiaan terhadap masyarakat muhajirin. Sikap dan tindakan mereka tidak mewakili rakyat Malaysia dan tidak mewakili umat Islam. Mereka tidak melambangkan nilai persaudaraan Islam yang sepatutnya menjadi pegangan setiap Muslim.


Sempena Aidilfitri Al-Mubarak ini MAPIM memanjangkan hubungan silaturahim kepada seluruh masyarakat muhajirin di Malaysia agar tali persaudaraan sesama kita dapat dieratkan. 
Sementara itu , mungkin ada kaum muhajirin perlu belajar menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat tempatan dan kami berharap peraturan negara ini dihormati. Elakkan daripada tercebur dalam gejala yang tidak sihat dan berdampinglah dengan masyarakat tempatan dengan baik.
MAPIM juga menasihati masyarakat tempatan agar memahami kedudukan muhajirin yang terpaksa mencari perlindungan di Malaysia dalam keadaan amat sukar. Tindakan mengambil undang-undang ke dalam tangan sendiri perlu dielakkan. Berlaku kasar dan tidak berperikemanusiaan kepada muhajirin adalah bertentangan dengan prinsip persaudaraan dalam Islam. 
                   *كل عام وأنتم بخير*  
          تقبل الله صيامكم وقيامكم وصالح الأعمال،
  عيدكم مبارك وكل عام وأنتم بخير وصحة وعافية.
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَ jjتَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Batin

Minal aidin wal fa izin 


13
7
0
10
0
You will be interested