Politik & Negara 28 Nov, 2023

Jom ke Gaza! MAPIM sedia bekerjasama hantar sukarelawan ke Palestin! Bantu usaha pembangunan semula!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Gencatan senjata 4 hari yang telah dipersetujui di Gaza bermula pagi Khamis, 23 November 2023 lalu seharusnya didesak agar menamatkan perang tersebut secara kekal.

MAPIM berpendirian bahawa operasi ketenteraan Israel tidak boleh dibenarkan berterusan kerana selepas melihat pembunuhan beramai-ramai dan genosid yang terang-terangan dilakukan oleh Israel, ia jelas adalah jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang melanggar  undang-undang antarabangsa.

Gencatan senjata yang dipersetujui sepatutnya menamatkan perang dan dilanjutkan kepada menghentikan kepungan (blockade) ke atas Gaza.


Kredit foto: CBSnews.com


Netanyahu jelas merupakan seorang yang ketagihan darah warga Gaza bila beliau menyatakan hasrat untuk meneruskan perang sebaik tamat tempuh gencatan senjata itu. 

Kami mendesak supaya Netanyahu didakwa di mahkamah antarabangsa atas pertuduhan jenayah perang. Di tangan beliau ialah puluhan ribu darah warga Palestin di Gaza Dan Tebing Barat yang dibunuh atas arahan beliau.

Ternyata Netanyahu adalah penjenayah yang dahagakan darah warga awam Gaza yang telah kehilangan lebih 14,000 nyawa sehingga kenyataan ini dikeluarkan.



Pihak PBB dan OIC sepatutnya mengambil kesempatan memasukkan bantuan kemanusiaan berskala besar-besaran ke Gaza sekali gus melibatkan penghantaran tentera pengaman.

MAPIM siap menyediakan petugas dan sukarelawan untuk membantu pengurusan edaran bantuan kemanusiaan serta membangun semula Gaza.

MAPIM mengalu-alukan sukarelawan perubatan, pendidik, media, jurutera, perawat trauma dan kaunseling.

Dengan pengalaman misi kemanusiaan selama ini ,  MAPIM kini bersiap siaga untuk membantu pembangunan semula Gaza yang telah dilaksanakan sejak 2010. MAPIM telah melakukan pelbagai gerak kerja membangunkan semula Gaza termasuk membina masjid, hospital dan rawatan perubatan, perumahan, bekalan air dan elektrik dan bantuan mikro kredit.

Kami percaya ramai rakyat Malaysia sangat bersiap untuk memberi khidmat di Gaza sebagai sukarelawan tanpa imbuhan.

Dengan dana terbatas MAPIM mengharapkan mereka yang bersedia untuk berkhidmat mengusahakan dana untuk menampung kos logistik dan urusan berada di Gaza.

MAPIM akan melancarkan kempen Gaza-Malaysia Bangkit (GMB) untuk membangun semula Gaza dalam pelbagai bidang. Sumbangan kemahiran, kepakaran serta pembangunan strategik diperlukan daripada pelbagai pihak. 

MAPIM akan mewujudkan kordinasi pembangunan semula Gaza bersama dengan pihak Wisma Putra dan pihak berkuasa di Gaza.


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


6
16
0
10
0
You will be interested