Politik & Negara 04 Nov, 2023

Video| Wajib hantar bantuan ketenteraan ke Gaza! MAPIM gesa patuh fatwa Kesatuan Ulama Antarangsa!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kami menyeru umat Islam seluruh dunia menyambut fatwa yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Antarangsa (IUM). Fatwa itu amat tepat dengan keadaan kritikal yang sedang dihadapi umat Islam dan warga Gaza sekarang.

Kerajaan negara-negara Islam perlu respons kepada fatwa ini yang menetapkan keperluan tentera rasmi dengan segera mengambil tindakan untuk menghalang aparteid Israel menghancurkan Gaza.
Sudah menjadi kewajipan syarak untuk tidak membenarkan jenayah genosid dilakukan oleh aparteid Israel yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan peraturan kemanusiaan dunia.
Fatwa itu menegaskan kewajipan agama kepada seluruh umat Islam yang terkait membela Palestin yang ditindas dan golongan yang "mustadhafin" (dhaif).


Rakyat Palestin jelas dalam keadaan sangat dizalimi. Keadaan ini berlaku bermula dengan penaklukan dan perampasan tanah dan seterusnya penindasan ke atas warga Palestin sejak 1948 sehingga sekarang, iaitu selama lebih 75 tahun. Jenayah aparteid Israel ke atas Palestin sangat terang-terangan yang disaksikan dunia berdekad-dekad lamanya.

Fatwa itu memberi kejelasan sikap yang perlu diambil umat Islam dan negara Islam yang memberi dalil syariah supaya sokongan keagamaan, moral, politik dan perundangan dinyatakan dengan tegas.
OIC perlu memberi perhatian kepada fatwa tersebut agar ia diterjemahkan dalam tindakan yang berkesan untuk melindungi warga Palestin serta mengembalikan semula hak mereka.
Dengan tindakan yang sangat menjijikkan dan barbarik, intervensi ketenteraan sudah sampai ke tahap wajib. 


Pelanggaran pelbagai resolusi PBB dan keangkuhan yang ditonjolkan oleh aparteid Israel yang didukung oleh Amerika dan kebanyakan kuasa Barat, melakukan operasi paling ganas di Gaza dan Tebing Barat sehingga membunuh dengan kejam, setakat kenyataan ini dikeluarkan, menghampiri 10,000 nyawa orang awam Palestin, termasuk hampir 4,000 kanak-kanak dan 3,000 wanita. Dan angka ini sedang terus meningkat. 
Kami menyeru ulama di Malaysia menyambut fatwa itu bagi menyatukan umat Islam. Ulama harus bangkit mengembleng seluruh kekuatan umat untuk melancarkan jihad dalam bentuk apa sahaja yang termampu untuk membela warga Palestin dan menyokong perlawanan terhadap kebuasan dan kekejaman Israel.
Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


11
11
0
12
0
You will be interested