Politik & Negara 30 Jul, 2025

Terima kasih Malaysia! Amerika Syarikat puji kepimpinan Anwar! Tamatkan konflik Thailand-Kemboja!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Amerika Syarikat berterima kasih kepada Malaysia menjadi tuan rumah rundingan antara Thailand dan Kemboja, sekali gus mencapai persetujuan pengisytiharan gencatan senjata, bermula selepas tengah malam 28 Julai 2025. - KitaReporters



Amerika Syarikat berterima kasih kepada Malaysia menjadi tuan rumah rundingan antara Thailand dan Kemboja, sekali gus mencapai persetujuan pengisytiharan gencatan senjata, bermula selepas tengah malam 28 Julai 2025.  

"Amerika Syarikat (AS) memuji pengisytiharan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang diumumkan pada 28 Julai 2025 di Kuala Lumpur.  

"Presiden Trump dan saya komited terhadap penghentian segera keganasan dan menjangkakan kerajaan Kemboja dan Thailand untuk menghormati sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik ini," kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam satu kenyataan pada 29 Julai 2025.

Sehubungan itu, beliau berkata: "Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata. 

"Kami menggesa semua pihak untuk menunaikan komitmen mereka. Amerika Syarikat akan kekal komited dan terlibat dalam proses yang dianjurkan oleh AS-Malaysia ini untuk menamatkan konflik ini."


Marco Rubio


Terdahulu, Anwar sebagi Pengerusi ASEAN mengumumkan, Malaysia berjaya merundingkan gencatan senjata antara dua negara anggota ASEAN - Thailand dan Kemboja - yang berperang di kawasan sempadan masing-masing.

"Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam (28 Julai 2025) ini.

"Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, menerima amanah besar bersama rakan-rakan lain untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan gencatan senjata ini, atas permintaan kedua-dua pihak," jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu kenyataan menerusi hantaran dalam akaun rasmi Facebooknya pada 28 Julai 2025. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
9
0
15
0
You will be interested