Politik & Negara 30 Dec, 2023

Bukan Islam hormati dan tak campuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam! Titah Sultan Selangor!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


KENYATAAN SULTAN SELANGOR

29 Disember 2023


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengingatkan rakyat Malaysia khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia.

Baginda menitahkan demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Baginda juga bertitah bahawa MKI yang dipengerusikan oleh baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

MKI juga dianggotai pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang melibatkan undang-undang dan agama Islam.

Justeru, baginda mengharapkan agar orang-orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam. 

Malah, penganut agama-agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia.

Baginda berkenan memetik ayat ke-6 Surah al-Kafirun di mana Allah SWT telah berfirman, (yang bermaksud): “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku.”

Baginda turut mengambil maklum kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke Siew Fook.

“Pertahan Dan Setia Kepada Agama Islam”

“Berkhidmat Kepada Rakyat Dan Negara”


Sumber: Facebook Selangor Royal Office (29 Disember 2023)



10
11
0
11
0
You will be interested