Politik & Negara 12 Nov, 2023

Video| Gaza jadi pusara insan tak berdosa! Zionis Israel perlu disiasat dan didakwa! - Anwar Ibrahim

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



"Di pentas Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-8, Malaysia menegaskan keperluan mendesak bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada warga Gaza dan Tebing Barat.

"Saya turut bicara bahawa ini adalah masanya untuk kita menggunakan kebijaksanaan selain mengajak negara-negara Islam mengambil langkah berani bagi mendepani pembantaian berterusan rejim Zionis Israel.
"Gencatan senjata mesti segera dimulakan dan koridor serta bantuan kemanusiaan mesti diperhebat tatkala Gaza menjadi pusara kepada insan yang tidak berdosa akibat kegilaan Israel.
"Saya juga meminta semua negara anggota OIC menyatakan bantahan keras terhadap penempatan haram Israel yang dibina dengan mengusir keluar warga Palestin dan menuntut ia dihentikan.
"Lebih penting adalah menuntut rejim Zionis Israel yang secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah perang, disiasat dan didakwa menerusi institusi keadilan antarabangsa.
"Pada saat genting ini, negara-negara Arab dan Islam perlu bergerak senada dan sederap bagi memperjuang keadilan yang tuntas buat saudara kita di Gaza, ketika negara-negara Barat membuta dan membisu dalam krisis di Palestin." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 12 November 2023)

9
15
0
17
0
You will be interested