Politik & Negara 18 Mar, 2023

Ada nak ikut UAE ke? Umum 70% pekerja sektor awam bekerja dari rumah di Dubai! Pada Ramadan 1444H!

@sahbulah mohamad darwi
Pernah berkhidmat selama 13 tahun dengan akhbar arus perdana tempatan sebagai wartawan dan Ketua Biro. Kini bertugas sebagai pengurus dalam bidang industri media.

Share this

Putera Mahkota Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Putera Mahkota Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum pada 16 Mac 2023 mengumumkan kakitangan sektor awam diwajibkan bekerja dari rumah pada Ramadan tahun 2023 ini.

Sebanyak 70 peratus kakitangan awam Dubai akan bekerja dari rumah (WFH) manakala baki 30 peratus bekerja di pejabat setiap hari Jumaat. 


Lagi cerita-cerita menarik dari negara UAE


Pengumunan itu diputuskan oleh Sheikh Hamdan susulan daripada arahan Putera Mahkota Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE pada Rabu, 15 Mac 2023 lalu untuk menyingkatkan waktu kerja harian bagi kakitangan awam sepanjang Ramadan.

Berikutan arahan itu, Jabatan Sumber Manusia Kerajaan Dubai (DGHR) melaksanakan waktu kerja pukul 9 pagi hingga 2 petang pada Isnin hingga Khamis manakala pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Jumaat.

Dengan pengumuman terbaharu daripada Sheikh Hamdan, para pelajar di sekolah dan universiti awam turut dibenarkan belajar dari rumah pada setiap Jumaat. - KitaReporters


13
12
0
9
0
You will be interested