Politik & Negara 19 Sep, 2024

Bahasa Membina Bangsa! Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Ke-3! 23 dan 24 Sept 2024!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK) bersama-sama Kursi Pengajian Melayu dan Peradaban Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob di Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) Thailand dan Rajamangala University of Technology (RMUTT) Thailand serta Asia Lecturers Teachers Community (ALTC) Indonesia akan menganjurkan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAAABM) ke-3 yang akan diadakan pada 23 dan 24 September 2024 di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur. 

Sempena simposium yang mendapat kerjasama Pejabat Perdana Menteri Ke-9 dan Hotel IDEAS Kuala Lumpur ini akan turut diadakan Malam Puisi Mengukir Bangsa ke-3 lanjutan daripada Malam Gema Puisi 2023 dan Malam Kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia pada 2022. 

Simposium yang bertemakan “Bahasa Membina Bangsa” itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Ke-9, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan akan turut mendeklamasikan sebuah puisi pada Malam Puisi Mengukir Bangsa. 

Pengerusi SAABM 2024, Dr. Kamarazaman Yacob berkata, simposium yang telah masuk edisi ketiga ini adalah hasil inisiatif berterusan pihak IKK. 

“Kali pertama diadakan pada Mei 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan yang seterusnya pada September 2023 di Hotel UCSI, Kuala Lumpur.



“Fokus utama Aspirasi Bahasa 2024 adalah bagi meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pada peringkat ASEAN dan antarabangsa selain mahu terus memperkasa dan memperbaiki kelompongan penggunaan Bahasa Melayu di dalam negara terutama dalam sistem pendidikan.” kata Kamarazaman. 

Tambah beliau, simposium ini akan menghimpunkan tokoh dan pejuang bahasa, ahli akademik serta aktivis dari dalam luar negara bagi menyuarakan pandangan dan idea terhadap pemerkasaan bahasa Melayu sama ada di dalam negara atau sehingga ke peringkat antarabangsa. 

“Tahun ini kita telah berjaya menarik beberapa tokoh pejuang bahasa seperti Syed Mohd Zakir Syed Othman, Penerima Anugerah SEA Write 2011; dan Hishamuddin Rais, Aktivis Sosial dan Penulis sebagai moderator dan panel” katanya. 

Turut bersama menyertai adalah Dato’ Seri Ir. Mohd Zin Mohamed, Mantan Menteri Kerja Raya; Datuk P Kamalanathan, Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; dan Tian Chua, Mantan Ahli Parlimen Batu. 

Program simposium ini akan diadakan mengikut butiran di bawah: 

Program : Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) dan Malam Puisi Mengukir Bangsa kali ke-3 

Tarikh : 23 dan 24 September 2024 (Isnin dan Selasa) 

Tempat : Hotel IDEAS, Kuala Lumpur  

Masa : 

  • 9.00 pagi - 4.30 petang (Hari Pertama) – Simposium 
  • 8.30 malam - 10.30 malam (Hari Pertama) – Malam Puisi 
  • 8.30 pagi - 1.00 petang (Hari Kedua) – Simposium 


Program simposium ini akan melibatkan ucaptama, dua pembentangan kertas kerja, tiga sidang pleno dan forum serta penyediaan resolusi yang membabitkan pembentangan kertas kerja oleh tokoh dari Malaysia, ASEAN dan antarabangsa.

Pendaftaran bagi simposium ini masih dibuka. - KitaReporters/Kenyataan Media

15
5
0
11
0
You will be interested