Politik & Negara 19 Oct, 2023

Hospital dibom: Bukti barbarisme, kebiadapan aparteid Israel! Amerika jadi pembiaya jenayah perang!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kami menyatakan kebencian dan kecaman kami dengan sekeras-kerasnya terhadap serangan paling dahsyat semalam (17 Oktober 2023) ke atas Hospital al-Ahli Arab di Gaza yang membunuh 500 orang oleh jenayah syaitan dan biadab aparteid Israel.

Serangan ke atas hospital dan kemudahan perubatan adalah jelas melanggar Konvensyen Geneva.

Tiada alasan yang boleh diterima untuk jenayah kejam itu. Aparteid Israel telah mendedahkan niat jahatnya.

Ini benar-benar malapetaka buatan manusia yang jahat tetapi boleh dihentikan. Bagaimana dunia boleh menerima ini? 

Kata-kata kecaman mesti diterjemahkan ke dalam tindakan konkrit untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan dan mengheret Israel ke mahkamah akauntabiliti dan menghadapi tindakan undang-undang.

Israel telah menjadikan Gaza bukan sahaja sebagai penjara terbuka terbesar selepas 17 tahun sekatan tetapi tanah perkuburan terbesar di dunia.

Ironinya untuk memaksa keluar penduduk Gaza agar berpindah namun satu-satunya laluan yang tinggal telah dibom oleh serangan biadab aparteid Israel. Bukti niat yang jelas untuk memusnahkan penduduk Gaza.

Ini lebih daripada sekadar hukuman kolektif. Ini memusnahkan populasi. Pembunuhan beramai-ramai ini telah mencapai tahap tertinggi jenayah perang. Perlu ada tindakan segera antarabangsa untuk campur tangan dan mengambil tindakan menghukum Israel.

AS bersubahat dengan kebiadaban yang berterusan ini oleh aparteid Israel di Gaza. Dunia mesti mengakui bahawa AS adalah pembiaya jenayah perang.



PBB mesti mengadakan sidang kemuncak segera untuk memutuskan tindakan konkrit untuk menguatkuasakan tekanan antarabangsa bagi menghentikan serangan aparteid Israel di Gaza.

Kami menuntut agar bantuan kemanusiaan dihantar segera ke Gaza. Mesir mesti membuka pintu Rafah.

Masyarakat dunia tidak boleh berlengah-lengah dan menunggu sebarang persetujuan untuk gencatan senjata. Israel mesti dihentikan dengan campur tangan antarabangsa. Dunia mesti menunjukkan kemarahannya, baik dalam perkataan mahupun tindakan.

Kami menyeru Malaysia untuk mengambil inisiatif untuk menggerakkan negara-negara Islam mengambil tindakan bersatu untuk menekan masyarakat dunia menghukum Israel.


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)



10
13
0
15
0
You will be interested