Politik & Negara 23 Sep, 2023

Guna pakai konsep Madani! Bagi depani dilema defisit demokrasi! Kemunculan rasisme baharu! - Anwar

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 23 September 2023


Alhamdulillah, saya telah menterjemah ketegasan negara dan rakyat Malaysia berkait realiti cabaran dunia masa kini atau ‘the world’s burning issues’ serta perlunya langkah pembaharuan ke arah keamanan dan kesejahteraan di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York (pada 22 September 2023).

Saya memanfaatkan pentas UNGA 78 ini untuk mengusulkan konsep Malaysia Madani untuk diguna pakai masyarakat antarabangsa dalam mendepani dilema ‘defisit demokrasi’ yang sedang melanda dunia.
Mahu tidak mahu, semua negara tidak kira sama ada kuasa-kuasa besar atau kumpulan negara membangun harus menelan hakikat tentang peranan mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok.
‘Roh’ muafakat dan kerjasama multilateralisme harus terus diperkasakan ketika arena ekonomi politik dunia sedang berdepan polarisasi yang kian menebal.


Malaysia juga menzahirkan kebimbangan dengan kemunculan bentuk perkauman baharu atau rasisme baharu yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.
Perbuatan membakar al-Quran, yang berlaku di beberapa negara juga, adalah tindakan Islamofobia yang jelas bertujuan untuk mencetuskan kebencian.
Dalam isu Palestin, saya menggesa komuniti antarabangsa menghentikan hipokrasi sebaliknya terus melaungkan suara yang kuat sebagai manifestasi menentang kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin.
Menyentuh isu Rusia-Ukraine, saya menyeru usaha bersepadu pelbagai hala diketuai PBB untuk selesaikan konflik ini.
Malaysia juga komited untuk meneruskan hubungan rakyat yang sedia ada dengan Afghanistan termasuk menerusi bantuan kemanusiaan. Pada masa yang sama, saya menyeru agar hak wanita dan kanak-kanak serta akses terhadap pendidikan di Afghanistan terus dipelihara.
Berkait isu Myanmar, Malaysia menyeru Myanmar segera laksana Konsensus Lima Perkara ASEAN bagi mencapai keamanan dan kestabilan di negara tersebut.


Terkait krisis iklim, Malaysia meminta negara maju penuhi komitmen gerakkan US$100 bilion setahun bagi bantu negara membangun tangani perubahan iklim.
Saya juga menyentuh soal ekonomi global yang diunjur terus dibelenggu ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi dan keadaan kewangan yang mencabar.
Pembaharuan drastik, sistemik serta penjajaran semula seluruh institusi global penting dalam tangani jurang besar antara pertumbuhan ekonomi dan pendapatan.

7
15
0
14
0
You will be interested