Politik & Negara 25 Jul, 2023

PRN Terengganu| Anak tukang kasut calon termuda BN! Rozaini Rasli sedia berkhidmat untuk DUN Jertih!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Mohd Rozaini Rasli


CALON termuda Barisan Nasional (BN) Terengganu, Mohd Rozaini Rasli, 35, sedia menawarkan perubahan yang lebih efektif dan segar buat pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih jika beliau dipilih menjadi wakil rakyat.

Katanya, selaku orang muda, beliau mahu menawarkan perubahan yang lebih segar dan wibawa melalui khidmat bakti yang mendahulukan kepentingan warga DUN Jertih.

Beliau berkata, "saya akan melakukan gerak kerja di DUN berkenaan yang efektif, responsif dan proaktif dalam menyegerakan penyelesaian masalah sedia ada akan menjadi keutamaan saya. Saya yakin ini yang warga Kapar mahukan."


Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi memperkata sesuatu kepada Mohd Rozaini ketika menyampaikan watikah.


Mohd Rozaini atau lebih mesra dengan panggilan Koja tidak kekok untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini beliau sering melakukan kerja kemasyarakatan dan sering turun  padang menemui penduduk setempat.  

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih dan penyandang Ketua Pemuda UMNO 

Besut sejak 2018 menyifatkan pemilihan beliau sebagai calon BN sebagai satu penghargaan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Kawasan Rukun Tetangga.

“Namun saya sedar, ia bukan suatu yang mudah. Tetapi berkat kesungguhan dan pengalaman yang telah ditimba dengan pemimpin UMNO dalam Parlimen Besut ia memudahkan pergerakan membantu rakyat,” katanya lagi.


Mohd Rozaini  (dua dari kiri) ditemani Tan Sri Idris Jusoh ketika menyantuni komuniti Cina di Bandar Jertih


Ketua Pemuda BN Bahagian Besut ini yang juga anak seorang tukang kasut kini bersedia menyahut cabaran itu dan dengan rendah diri memohon agar diberi peluang berkhidmat untuk warga Jertih.

Mohd Rozaini dipilih parti untuk mempertahan DUN Jertih apabila penyandangnya Datuk Muhammad Pehimi Yusof dipindahkan ke DUN Kota Putera pada PRN15 ini. 


Mohd Rozaini berucap kepada pengundi ketika sesi kenal diri di PDM Seberang Jertih


“Insya-Allah saya akan meneruskan legasi kepemimpinan dan contoh terbaik bekas-bekas ADUN Jertih sebelum ini termasuk Tan Sri Idris Jusoh dan Datuk Muhammad Pehimi Yusof yang banyak berjasa kepada rakyat di DUN terbabit,” katanya. 

Malah, sesuatu yang dibanggakan oleh beliau ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhammad Akmal Saleh akan turun padang mengiringi beliau pada hari penamaan calon pada 29 Julai 2023 di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, dekat Jertih. - KitaReporters


Dua warga emas dari RAKR Seberang Jertih yang menyokong pencalonan Mohd Rozaini menunjukkan poster calon

22
10
1
13
0
You will be interested