MAPIM mengutuk sekeras-kerasnyanya kerajaan Sweden yang telah membenarkan seorang individu membakar al-Quran di hadapan sebuah sasjid di Stockholm pada hari sambutan Aidiladha di seluruh dunia.
Perbuatan terkutuk itu adalah provokasi paling biadab dan umat Islam wajar melancarkan bantahan di seluruh dunia.
Ini bukan kali pertama perbuatan biadab ini dilakukan di negara Barat. Sebelum ini di AS dan Denmark pernah berlaku provokasi membakar al-Quran.
Pihak kerajaan Sweden jelas menunjukkan sikapnya apabila perbuatan cabul itu dibenarkan atas nama kebebasan bersuara.
MAPIM menggangap penghinaan terkutuk ini sengaja dilakukan ketika umat Islam menyambut perayaan Aidiladha bukan sahaja sebagai satu sikap Islamofobia akan tetapi adalah provokasi mencetuskan ketegangan antara penganut agama.
Kerajaan Sweden bertanggungjawab secara langsung terhadap tindakan bacul terbaharu ini.
Oleh kerana itu negara Islam dan seluruh umat Islam berhak menyatakan pendirian membantah keras dan memberi respons tegas kepada Sweden.
Kami berpendirian jika Sweden tidak memohon maaf dan menarik balik pendiriannya, perhubungan diplomatik dan perdagangun dengan Sweden hendaklah digantung.
Kami menuntut agar Duta Sweden dipanggil oleh kerajaan Malaysia bagi menyatakan protes tegas kepada negara itu.
Kami menyarankan seluruh rakyat Malaysia merentas agama bersatu mengutuk Sweden dan menekan kerajaan tersebut agar memohon maaf dan menghukum individu yang membakar al-Quran di Stockholm itu sebagai penjenayah.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)