Politik & Negara 06 Aug, 2023

Opah Ngomel| Malaysia hantar al-Quran terjemahan bahasa Sweden! Hilangkan sikap Islamofobia di Sweden!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Religion in Sweden from 1900-2021 - YouTube

Pecahan penganut agama di negara Sweden


Religion in Sweden - Myndigheten för stöd till trossamfund


KERAJAAN Malaysia Madani akan menyumbangkan sejuta naskah Al-Quran ke seluruh dunia termasuk 15,000 naskhah ke Sweden. 

Al-Quran yang akan disumbangkan ke Sweden diterjemahkan ke dalam bahasa negara itu sebagai satu usaha menangani kedangkalan pemahaman masyarakat Sweden terhadap agama Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu sebagai satu gabungan kerajaan dengan negara Turkiye bagi menentang sikap Islamofobia (permusuhan dan kebencian terhadap Islam) bila ada warga Sweden yang biadab dengan membakar kitab suci itu beberapa bulan lalu.


Pertemuan secara maya itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Krtedit foto: Facebook Anwar Ibrahim



Beliau memaklumkan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam pertemuan dalam talian pada malam 5 Ogos 2023 sebagai sokongan kepada dunia, bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan untuk memburuk-burukan agama Islam dengan menggunakan hak perlindungan kebebasan bersuara.

"Ingin saya tegaskan berkali-kali Kerajaan Perpaduan menolak sebarang unsur keganasan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan keganasan," katanya ketika ucapannya yang dimuat naik dalam Twitter, sambil disokong oleh Muhamad Yusof Yahya sambil berkata, "Kata dikota.... anak pelajar kita mesti bangga kerana PM10 (PMX) telah kotakan janjinya untuk kirimkan salam mereka kepada Presiden Turkiye. Alhamdulillah."


Gamla Stan: The Charming Old Heart Of Stockholm, Sweden


Sebelum itu pada petang harinya, PMX mengadakan perjumpaan dengan pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Anwar berkata kerajaan juga akan memikul komitment membina Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gocken (ISGIA) yang bernilai £200 juta (lebih RM1.16 bilion) dan memilih Batik Air sebagai operator untuk laluan KUL-ISG. Penerbangan Batik Air akan mula beroperasi Oktober 2023.

Erdogan juga memberi jaminan akan melawat Malaysia dan PMX akan bertemunya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan September 2023 ini.


Sweden Travel Guide: Tour the 10 Most Beautiful Places in Sweden


Sementara itu, berdasarkan laporan CIA World Factbook, 60.2 penduduk Sweden menganut fahaman agama Kristian cabang Lutheran, 8.5 peratus Roman Catholic, Orthodox atau Baptist Christianity. 

Ada juga orang Islam, Yahudi dan Buddha, manakala 31.3 athies (bebas).

Sweden dihuni oleh lebih 10.42 juta (Bank Dunia 2021) adalah negara Scandinavian yang dikelilingi beribu-ribu pulau, tasik, hutan dan gunung ganang yang sangat cantik. Di timur laut ibu kota Stockholm dan arah selatannya, Gothenburg dan Malmö padat dengan kawasan pinggiran lautan.

Stockholm dibina di atas 14 pulau dan ada lebih 50 jambatan. Sweden dianggap negara paling selesa dihuni kerana mengutamakan kehidupan seimbang selain fokus kepada pekerjaan, perniagaan, industri muzik dan tempat-tempat tarikan bersejarah dunia.

Lokasi paling menarik adalah bandar purbanya istana Gamla Stan dan muzium terbuka Skansen. - KitaReporters


Swedish Cities: The Best Cities In Sweden To Visit This Year

Bandar yang kerap diangkat latarbelakang kisah legenda dunia.

16
10
0
13
0
You will be interested