Politik & Negara 06 Jan, 2024

Video| Nestapa di Gaza! Penduduk berkongsi tempat selamat di zoo! Banyak binatang mati kelaparan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Kehidupan penduduk Gaza serba tidak kena akibat serangan pengeboman tanpa henti rejim aparteid zionis Israel.

Semakin ramai penduduk tidak bersalah selain mati atau cedera juga hilang harta benda menyebabkan mereka terpaksa berkongsi sekeluarga di tempat yang dianggap lebih selamat.

Selain sejumlah warga berpindah ke beberapa hospital, terdapat juga warga yang berkongsi teduh di beberapa zoo yang sudah tidak diurus dengan baik. Akibat kekurangan makanan, haiwan-haiwan di zoo kelaparan dan ada yang sudah mati. 


Kanak-kanak yang berkongsi tempat selamat di zoo mengambil kesempatan bermain dengan beberapa haiwan yang sudah lesu.


Walaupun zoo berbau busuk dengan najis haiwan dan bau bangkai binatang, namun sejumlah penduduk sanggup mendirikan khemah untuk dihuni oleh seisi keluarga.
Salah satu zoo yang dihuni sebagai tempat berkongsi ialah milik keluarga Gomaa di Rafah.

Suasana sayu kelihatan pada mereka yang berkongsi teduh kerana hidup dalam kelaparan, begitu juga dengan para haiwan di zoo itu. 

Sejumlah kanak-kanak turut bermain dengan beberaja jenis haiwan. Keadaan yang hampir sama juga berlaku di zoo-zoo lain.

Kebanyakan penduduk sedar bahawa nyawa mereka dan anggota keluarga seperti di hujung tanduk, namun mereka tidak takut mati syahid. - KitaReporters


Sebahagian penduduk Gaza berkongsi tempat teduh di sebuah zoo dengan membina khemah untuk berlindung

10
13
0
14
0
You will be interested