.
Kredit foto: FB Nik Nazmi
Laporan oleh:
DATO' SANI ARABY
Ketua Misi Bantuan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza, MAPIM Malaysia
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Pagi ini, sekitar jam 3 pagi waktu Malaysia 26 Disember 2024, saya menerima satu video yang membuatkan hati sebak dan terharu.
Video ini kini sedang viral memperlihat seorang saudara di Gaza, yang tinggal di khemah pelarian, berlari teruja membawa pulang kotak bantuan tertera bendera Malaysia!
Misi Bantuan Malaysia Diketuai MAPIM Berjaya Tembusi Gaza!
Kotak bantuan tersebut adalah sebahagian daripada 12 kontena yang berjaya dihantar melalui Rafah dalam projek besar ini:
- Dinaungi sendiri oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Zahid Hamidi, yang menyempurnakan flag-off.
- Nik Nazmi pula diutuskan khas oleh pihak kerajaan untuk hadir di gudang MAPIM, Kaherah, bagi melaksanakan flag-off terakhir sebelum bantuan bergerak ke Gaza.
Dalam video tersebut, pemuda Gaza ini menceritakan dengan penuh keterujaan mengenai isi bantuan yang tidak disangka-sangka itu akibat perang yang melanda bernilai hampir USD$300.
Bantuan dihantar berupa:
- 8 kontena gandum.
- 4 kontena berisi kotak barangan asas yang sangat kritikal untuk kegunaan harian.
Semua barangan ini dibeli dan dibungkus oleh sukarelawan MAPIM dan rakan NGO di Mesir sebelum dihantar melalui laluan darat.
Walaupun perjalanan ini menghadapi pelbagai ujian, termasuk pintu Rafah yang sering ditutup dan kawalan ketat rejim Israel, alhamdulillah, bantuan akhirnya sampai ke tangan mereka yang memerlukan.
Projek nasional dengan sasaran 100 Kontena untuk Gaza ini adalah hasil kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama gabungan penyumbang hebat seperti JAKIM, Pejabat Menteri Besar Selangor, Yayasan Wakaf Malaysia, Cinta Gaza Malaysia, Yayasan Damai Abadi, MyAqsa Defender, Glokal Ihsan, Iman Care, Fianz New Zealand, Alkhair Foundation UK, Pejabat YB Menteri Agama, Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM 1) yang menyumbang RM1 juta, serta Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Terima kasih atas doa dan sokongan semua! Nantikan lebih banyak video dan gambar perjalanan misi ini dalam masa terdekat.
Kredit foto: FB Nik Nazmi