Politik & Negara 17 Jan, 2023

Video| Anwar, ambil gambar jap! Memang berani kau dik! Selamba je budak lelaki ini ajak PM berselfie!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


GELAGAT seorang budak lelaki dengan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dengan nama panggilan “Anwar” untuk bergambar selfie di sebuah masjid telah mencuri tumpuan ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @qhyrolridzuan, kelihatan seorang budak lelaki berkopiah putih berebut untuk menangkap gambar dengan selamba menyatakan kepada PM: “Anwar, ambil gambar jap” telah mencuit hati PM dan orang-orang di sekeliling.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Perdana Menteri Anwar Ibrahim


“Berani ya kau dik,” ujarnya di laman aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai turut terhibur dengan gelagat budak lelaki itu sehingga PM sendiri meninggalkan ruangan komen dengan menitip pesanan untuk belajar rajin-rajin sehingga menjadi orang yang berguna.



“Belajar elok-elok jadi orang yang berguna ya,” tulis PM @anwaribrahimofficial.

“Kagum, dia tidak hidup di zaman reformasi tetapi tetap bersemangat,” ujar @anna.

“Dia yang order Anwar,” seloroh @Akaunrahsia. - KitaReporters



9
11
0
16
0
You will be interested