Politik & Negara 23 Nov, 2023

Kilang tepung terbesar di Gaza pun dibom aparteid Zionis! Palestin tak boleh import secara langsung!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SATU-SATUNYA kilang tepung terbesar di Gaza secara sah tidak mampu beroperasi lagi selepas rosak teruk susulan pengeboman tentera apartheid Zionis pada minggu lepas.

Pengedar tepung di wilayah tengah dan selatan Gaza, Elias Awad berkata, kilang Al-Salam yang terletak di Khan Younis itu telah menjadi sasaran serangan artileri Israel pada Rabu,15 November 2023 lepas, menyebabkan ia tidak lagi berfungsi.

Elias berkata, kilang Al-Salam sebagai kilang terbesar di Semenanjung Gaza mampu menghasilkan tepung, dengan kapasiti pengeluaran dan penyimpanan sebanyak 7,000 tan.




“Sebelum perang, kami pernah menghasilkan 350 tan tepung dan kira-kira 100 tan makanan haiwan.

“Bagaimanapun, disebabkan kekurangan bahan api diesel dalam tempoh perang ini, pengeluaran telah dikurangkan kepada 100 tan,” katanya.

Kini beliau bimbang masalah yang akan dihadapi penduduk Gaza selepas penutupan kilang ini kerana menurut perjanjian antarabangsa, kerajaan Palestin tidak boleh mengimport tepung gandum dan mesti membeli keperluan penting daripada pedagang Israel.

“Semenanjung Gaza terikat dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA), menurut Perjanjian Perdagangan Paris. Dengan itu, pedagang Palestin tidak boleh mengimport gandum secara langsung dari negara pengeluar gandum, sebaliknya membeli gandum daripada pedagang Israel,” katanya. 



Sebelum ini, kilang itu menerima diesel daripada Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA) bagi Pelarian Palestin di Timur Tengah  untuk mengisar tepung gandum .

“Sebelum perang, kami menghasilkan lebih daripada lima jenis tepung sebagai tambahan kepada makanan ternakan, dan bekerja 24 jam sehari. 

“Namun semasa perang, waktu kerja kami dikurangkan kepada 12 jam kerana kami tidak dapat tidur di kilang akibat pengeboman di kawasan itu,” katanya.

Sabtu 18 November 2023  lalu, UNRWA berkata, kekurangan bekalan, pengeboman berterusan dan gangguan telekomunikasi menjadikan penghantaran bantuan kemanusiaan menjadi semakin sukar. - KitaReporters


12
12
0
14
0
You will be interested