Politik & Negara 04 Dec, 2023

Sektor kesihatan di Gaza kekal lumpuh! Perlukan bantuan dan jentera cari mangsa di bawah runtuhan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

 

Bangunan di bandar Gaza musnah sepenuhnya dan sektor penting juga lumpuh berikutan serangan bertalu-talu tentera aparteid Israel. - Kredit foto: AFP


SUSULAN penamatan jeda kemanusiaan di Gaza pada Jumaat, 1 Disember 2023, bandar terkepung itu kembali menjadi huru-hara dan sektor kesihatan di Semenanjung Gaza itu sehingga kini masih kekal lumpuh sepenuhnya.  

Situasi di utara Gaza berada dalam keadaan malapetaka yang besar berikutan kebanyakan hospital tidak lagi beroperasi akibat serangan bertalu-talu.

Memetik laporan pegawai Hamas yang dipetik agensi berita Anadolu sebagai berkata, hanya tiga hospital di utara wilayah terkepung itu beroperasi selepas hospital-hospital lain musnah sepenuhnya angkara rejim Zionis.

Dalam pada itu, wilayah yang dikepung itu memerlukan 1,000 trak bantuan setiap hari untuk kembali bangkit selepas hancur sepenuhnya diserang tentera aparteid Zionis Israel.


Keadaan sampah sarap yang penuh di seluruh Gaza memberi risiko kepada jangkitan penyakit. - Kredit foto: Al- Jazeera.


Menurut Ketua Pengarah Pejabat Media Hamas, Ismail Al-Thawabta semua hospital di wilayah itu mengalami kerosakan teruk dan memerlukan 12,000 liter bahan api setiap hari untuk kembali berfungsi secara normal.

“Perjalanan kehidupan kami di sini sudah tinggal kenangan dan kini kami sentiasa berjaga-jaga kerana akan berdepan dengan bencana yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

“Pesakit yang cedera terpaksa dirawat di lantai hospital dan kebanyakan mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menerima rawatan. 

“Kami merayu kepada masyarakat antarabangsa tidak membiarkan kami bersendirian sebaliknya segeralah membawa bahan api ke dalam sektor ini semula,” katanya. 


Pelbagai harta benda rakyat Gaza musnah angkara serangan bertalu-talu tentera Israel - Kredit foto: middleeastmonitor.com


Kompleks Perubatan Al-Shifa mengalami kerosakan teruk dan memerlukan 12,000 liter bahan api setiap hari untuk kembali berfungsi secara normal. 


Ismail juga berharap bantuan daripada pasukan pertahanan awam mengesan dan menyelamatkan ribuan rakyat Palestin yang hilang sejak 7 Oktober 2023 lalu akibat perang Israel di Semenanjung Gaza. 

Sehingga kini pasukan pertahanan awam masih mengesan ribuan rakyat Palestin yang terkorban di bawah runtuhan dan jalan raya dari selatan ke utara Semenanjung Gaza.

"Terdapat kira-kira 6,500 individu hilang, termasuk lebih 4,700 kanak-kanak dan wanita, sama ada di bawah runtuhan atau nasib mereka belum diketahui," katanya. 


Beberapa bangunan di Gaza terus menjadi sasaran tentera Israel menyebabkan kawasan itu kini musnah teruk.


Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dengan menyediakan peralatan berat dan pasukan khusus dalam mengalihkan serpihan untuk mengeluarkan mangsa hilang atau mayat dari bawah runtuhan.

katanya, pihak berkuasa tempatan mengesan dan menyelamatkan ribuan rakyat Palestin yang hilang sejak 7 Oktober 2023 akibat serangan genosid aparteid Israel di Semenanjung Gaza. - KitaReporters


 

Pasukan kemanusiaan PBB menghantar bekalan di kawasan perlindungan kepada rakyat gaza yang berlindung di sekolah kendalikan agensi tersebut. - Kredit foto: bbc.com

12
11
0
8
0
You will be interested