Politik & Negara 04 Dec, 2023

PBB patut pecat aparteid Israel! Telah abaikan semua resolusi! Hantar pasukan pengaman ke Palestin!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kami mengutuk sekeras-kerasnya lanjutan pembunuhan beramai-ramai akibat pengeboman ganas Israel ke atas Gaza.

Adalah jelas Israel tidak endahkan rayuan untuk melindungi orang awam dan sebaliknya terus melancarkan ratusan serangan. 

Perbuatan jenayah Israel sudah pasti boleh dihukum oleh undang-undang antarabangsa

Serangan kejam Israel secara rambang mempunyai semua ciri genosid, pembersihan etnik, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan mengenakan pentadbiran aparteid terhadap rakyat Palestin.

Dengan semua rekod serangan Israel di Gaza, Tebing Barat dan di Baitulmaqdis, Israel sah telah abaikan semua resolusi PBB. Maka Israel kini sepatutnya boleh menjalani proses dipecat dari PBB.

Artikel 6 Piagam PBB “Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang secara berterusan melanggar Prinsip yang terkandung dalam Piagam ini boleh dipecat daripada pertubuhan oleh Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan."

Kami menyeru pengusiran Israel daripada PBB dengan mengadakan sidang khas tergempar Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dalam resolusinya 2623 (2022).



Keadaan di Gaza ini semakin teruk dari hari ke hari. Semua petunjuk menunjukkan serangan yang semakin sengit untuk mengosongkan Gaza daripada didiami rakyat Palestin.

Tentera aparteid Zionis Israel berkata ia melancarkan lebih daripada 400 "sasaran Hamas" di seluruh Gaza sepanjang beberapa hari lalu, menggunakan serangan udara dan tembakan dari kereta kebal dan kapal tempur tentera laut.

Ia termasuk lebih daripada 50 serangan ke atas bandar Khan Younis dan kawasan sekitarnya di bahagian selatan Gaza.

Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah di bandar Deir al-Balah di selatan, menurut hospital tempat mayat dibawa.

Angka kematian di Gaza telah melebihi 15,200 dengan lebih 40,000 orang cedera sejak 7 Oktober 2023 lalu. Kementerian Kesihatan berkata 70 peratus daripada yang maut adalah wanita dan kanak-kanak.

Dunia kini menyaksikan keganasan pembunuhan beramai-ramai Israel selama hampir 2 bulan tanpa henti.

Gaza dijadikan medan pembunuhan paling kejam dalam kempen ketenteraan Israel yang disokong oleh AS.

Hanya beberapa saat sahaja selepas gencatan senjata tamat, Israel meneruskan amukan yang membunuh lebih 100 orang awam Gaza, termasuk kanak-kanak, dalam tempoh 24 jam.

AS seolah-olah memberi cek kosong kepada Israel untuk menggunakan tanpa syarat, senjata paling canggih yang dibuat dan dibekalkan oleh AS. Maka, AS bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai Israel.

Laporan mengenai serangan Israel pusingan kedua pada 2 November 2023 ke atas Gaza telah memaparkan keganasan jenayah perangnya.

Kami tidak faham mengapa PBB gagal menghentikan pembunuhan beramai-ramai. Keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Malah Setiausaha Agong PBB Guterres mengakui ini adalah malapetaka manusia yang paling teruk sejak beliau memegang jawatan itu.



PBB tahu perang akan berlarutan hingga awal 2024 jika tidak dihentikan oleh campur tangan tentera aparteid Israel yang bertujuan untuk memusnahkan kapasiti pemerintahan Hamas. 

Dan dengan itu, ini akan menjadi perang yang panjang dengan implikasi kemanusiaan yang besar.

Operasi darat yang berintensiti tinggi yang diperbaharui pasti akan meningkatkan angka kematian dan kecederaan di Gaza. 

Keadaan akan menjadi lebih teruk dengan lebih ramai orang kini boleh mati akibat penyakit, kebuluran, dahaga dan hipotermia akibat pengeboman.

Kami menyeru agar pasukan Penjaga Keamanan PBB dikerahkan segera untuk menghentikan perang. Kami juga menyeru agar Perhimpunan Agung PBB diadakan berdasarkan resolusi 1950 377A (V). 

Oleh kerana Majlis Keselamatan kini tidak dapat bertindak kerana tidak dapat kesepakatan antara lima ahli-ahli tetap yang mempunyai kuasa veto, Sidang PBB mempunyai kuasa untuk membuat cadangan bagi tindakan kolektif untuk mengekalkan atau mengembalikan perdamaian dan keselamatan antarabangsa.

Majlis Keselamatan boleh menentukan bila dan di mana operasi pengaman PBB harus ditempatkan. 

Terdapat kes terdahulu bahawa kerana Majlis tidak dapat membuat keputusan, Sidang Umum PBB telah menubuhkan Pasukan Darurat pertama PBB (UNEF I) di Timur Tengah.


Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


18
15
0
8
0
You will be interested

Video| 100 days, 75 years of bombing, slaughtering, genocide, ethnic cleansing, burning, starvation!

Massacre slaughtering bombing killing massacre genocide ethnic cleansing burning burying maiming injuring starvation war crime Palestinians Palestin Israel

Editor 2 in Politik & Negara 4 weeks ago

Bertenang dan elak berpolemik! Kedudukan agama Islam dan Mahkamah Syariah tidak terjejas! - ABIM

ABIM Mahkamah Persekutuan Mahkamah Syariah kes Nik Elin Zurina Dewan Undangan Negeri DUN Kelantan perundangan Islam undang-undang syariah Dr Mohd Na’im Mokhtar
Editor 2 in Politik & Negara 3 weeks ago

Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia kekal utuh! Agenda penambahbaikan, pemerkasaan berjalan terus!

Mahkamah Persekutuan Mahkamah Syariah kes Nik Elin Zurina Dewan Undangan Negeri DUN Kelantan perundangan Islam undang-undang syariah Dr Mohd Na’im Mokhtar JPM
Editor 2 in Politik & Negara 3 weeks ago