Politik & Negara 10 Dec, 2023

Video| AS simbol negara teroris antimanusia! Penentang hak asasi universal! Pembunuh rakyat Palestin!

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: gamalnasir@gmail.com

Share this


Sikap terpilih (double standard) Amerika Syarikat dan hipokrasi mahu perang dan genosid berterusan di Gaza adalah pendirian yang jelas negara itu menyokong keganasan aparteid Israel.

Amerika Syarikat yang tidak menyokong gencatan senjata kemanusiaan yang kekal di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mencerminkan double standard Amerika Syarikat itu apabila menyentuh mengenai perlindungan kepada aparteid Israel. 

Kami mengutuk keras veto berulang-ulang AS terhadap resolusi gencatan senjata kekal di Gaza yang disokong lebih 100 negara.

Bencana kemanusiaan di Gaza telah diabaikan oleh Amerika Syarikat kecuali beberapa kata-kata kekhuatirin mengenai warga sivil Gaza. 

Veto AS menghantar mesej bahawa Israel boleh meneruskan operasi pembunuhan massal (pembunuhan beramai-ramai) yang tidak terbatas di Gaza.

Bandingkan dengan kedudukan AS mengenai menuntut gencatan senjata untuk situasi kemanusiaan dalam perang Rusia dan Ukraine, senario yang sama di Gaza tidak digunakan oleh AS.


Kredit foto: The Times of Israel


Amerika Syarikat memaparkan hipokrasi peringkat tertinggi apabila ia hanya, sepanjang masa, menurut kata-kata Israel mengenai hak mempertahan diri. 

Ia jelas bahawa Amerika Syarikat sepenuhnya menyokong agresi Israel walaupun ia secara terang-terangan melanggar setiap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, melakukan serangan genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Amerika Syarikat jelas bersekongkol dengan keganasan barbarik aparteid Israel. 

Bukan sahaja Amerika Syarikat memberi lampu hijau kepada Israel melakukan pembunuhan massal di Gaza, serangan brutal yang berterusan dan keganasan oleh penduduk haram Yahudi di Tebing Barat.

Malah sebuah NGO, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata bahawa Majlis Keselamatan PBB mesti "menghentikan pembantaian yang sedang berlangsung" di Gaza.

Dalam satu kenyataan, ia berkata Majlis Keselamatan Kesatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti menuntut gencatan senjata dan menamatkan pengepungan di Gaza.

“Tidak bertindak sekarang, untuk mengisytiharkan gencatan senjata total dan mengakhiri peperangan, tidak dapat dimaafkan,” kata Setiausaha Agung kumpulan itu, Christopher Lockyear.

Kini Amerika Syarikat berada dalam senarai pembunuh global di Gaza. 

Veto Amerika Syarikat mengesahkan kedudukan AS untuk memusnahkan Palestin dan kini AS merupakan simbol negara teroris antimanusia yang menentang hak asasi manusia universal.


Kredit foto: Agensi AFP


Amerika Syarikat menentang 13 negara dalam Majlis Keselamatan PBB dalam resolusi yang dicadangkan oleh UAE, disaran oleh Setiausaha Agung PBB dan disokong bersama oleh 55 negara anggota PBB. 

Malah UNRWA telah mengemukakan surat yang sangat keras agar Perhimpunan Agong PBB (UNGA)  mengeluarkan keputusan menguatkuasakan gencatan senjata untuk kemanusiaan diluluskan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti berusaha secara agresif untuk mencapai keputusan penting segera menghentikan kegilaan kempen tentera aparteid Israel yang meneruskan tindakan barbariknya.

Kami mendesak OIC untuk menggunakan pengaruhnya  menghentikan perang di Gaza dan membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.

Kami menggesa komuniti dunia untuk membantah hipokrasi Amerika Syarikat. 


Mohd Azmi Abdul Hamid 

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


13
20
0
17
0
You will be interested