Politik & Negara 11 Sep, 2023

KSP RMK12 jelmakan agenda Ekonomi Madani! Bagi pacu pertumbuhan Malaysia yang lebih seimbang, mapan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 10 September 2023


Saya dijadual akan membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin ini (11 September 2023). Sehubungan itu, petang tadi (10 September 2023) saya telah menerima dokumen KSP RMK12 daripada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan diapit timbalannya Dato’ Hanifah Hajar Taib serta Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Dato’ Nor Azmie Diron.
KSP RMK12 adalah satu lagi tindakan Kerajaan dalam menjelmakan agenda Ekonomi Madani yang saya usulkan. Ia adalah dokumen kebijakan yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, spiritual dan material berteraskan nilai-nilai Madani.
Dasar dan inisiatif yang bakal saya umumkan ini bukan sahaja dibentuk daripada pemikiran di Kementerian-kementerian tetapi juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
Saya yakin KSP RMK12 ini akan dapat memacu pertumbuhan Malaysia yang lebih seimbang dan mapan pada masa hadapan. 

18
18
0
10
0
You will be interested