Malaysia berdiri di atas kekuatan perpaduan bercerminkan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama, inilah asas yang menyatukan kita sebagai satu bangsa di bawah satu bendera.

"Perpaduan, kebersamaan, saling menghormati dan teguh membina warisan negara antara yang saya tekankan sewaktu menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan hari ini (30 Ogos 2025).
"Maka hari ini, tanggungjawab kita pula untuk memelihara warisan ini, memperkukuh keharmonian dan menolak segala bentuk perpecahan.
"Warisan perjuangan ini mesti terus hidup agar generasi akan datang dapat menikmati sebuah Malaysia yang aman, makmur dan bermaruah.
"Marilah kita terus menghargai kemerdekaan ini dengan bersatu hati, saling menghormati dan membina masa depan negara secara bersama," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis penyampaian Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 pada Sabtu, 30 Ogos 2025.


Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan bahawa kemerdekaan dicapai oleh Malaysia semakin teguh kerana semangat rakyat yang tidak pernah luntur.
Tags: