Politik & Negara 03 May, 2024

Bangkitlah warga universiti Malaysia! Bangkit bersama pelajar-pelajar di Amerika! Hentikan genosid!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kami menyeru supaya seluruh warga kampus IPT dan kolej serta universiti di Malaysia agar bangkit bagi menyatakan pendirian menyokong perjuangan pembebasan Palestin dan menghentikan genosid di Gaza. 

Ini adalah wajar kerana golongan kampus sepatutnya menjadi elemen sedar dalam masyarakat dalam menyuarakan kebenaran dan keadilan. 

Semenangnya warga kampus perlu menjadi kemuncak kepada memperjuang keamanan merentaskan kaum dan nasionaliti.

Kebangkitan bebarapa kampus di Amerika Syarikat menentang peranan negara itu membekal dan mendanai Israel melakukan genosid di Gaza sangat menyedarkan pihak berkuasa negara Uncle Sam itu bahawa suara komuniti pelajar perlu diambil kira.

Kini tindakan pelajar di universiti di Amerika telah mencetuskan perdebatan panas di Kongres kerana pengaruh pelajar di seluruh kampus di Amerika telah membina gerakan kampus yang kuat dan berkesan.


Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun den berkhemah di Universiti Columbia di Amerika Syarikat. - Ktedit foto: CNN


Sejarah pelajar di kampus yang bangkit menentang peperangan Amerika di Vietnam serta aparteid di Afrika Selatan membukti kekuatan pelajar tidak boleh diperkecil.

Di Malaysia, pendirian kerajaan terutama Perdana Menteri sangat selari dengan perjuangan Palestin. Lantaran itu untuk gerakan mahasiswa menzahirkan sokongan Palestin adalah selaras dan seirama dengan kerajaan.

Dengan yang demikian kami berpendapat wajar seluruh kampus bertindak melancarkan perhimpunan serentak di kampus masing-masing untuk menyampaikan mesej kesatuan pelajar seluruh dunia yang bersolidariti dengan Palestin.

Kami mengharapkan "Koalisi Pelajar Malaysia-Palestin untuk Keadilan dan Keamanan" diwujudkan sebagai badan yang bergiat secara berterusan menyuarakan isu Palestin.


Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


Penunjuk perasaan pro-Palestin yang terdiri daripada para pelajar di Universiti George Washington, Amerika Syarikat. - Kredit foto: MAPIM

11
9
0
7
0
You will be interested