Politik & Negara 09 Nov, 2023

Penduduk Gaza kian diseksa! Pesakit dibom dan dibunuh! 16 daripada 35 hospital tidak beroperasi!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MASIH berterusan meskipun telah genap sebulan peperangan Gaza-Israel, rakyatnya sentiasa dalam ketakutan dan trauma apabila bunyi peluru dan bom.

Semalam, 7 November 2023, pesawat aparteid Israel terus menyerang hospital di bandar Gaza ketika ini.

Kompleks Perubatan Nasser itu menempatkan empat hospital, iaitu Hospital Kanak-Kanak Al-Nasser, Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi, Hospital Mata dan Hospital Psikiatri mengalami serangan berterusan peluru berpandu aparteid Israel.



Seorang pegawai perubatan di Hospital Al-Rantisi, Dr Suleiman Qaoud berkongsi pengalaman getirnya sebelum hospital yang dia bertugas dikepung dan dibom tentera negara pengganas berkenaan.

Akuinya telah dipanggil tentera rejim aparteid itu yang memberitahu akan membentuk lingkaran api di sekeliling hospital tempat dia bertugas.

Kira-kira jam 6.30 petang, 7 November 2023, pesawat aparteid Israel menyerang kawasan Hospital Psikiatri dan Hospital Al- Rantisi sehingga mencederakan 35 orang, termasuk beberapa kakitangan perubatan.



Dua jam kemudian, Hospital Al-Rantisi pula menjadi sasaran apabila terkena peluru berpandu di bahagian tenggara dan timur lautnya.

Bukan setakat itu, sebuah wad kanser kanak-kanak terletak di sebelah timur laut hospital turut terkesan.

“Lebih 30 kanak-kanak sedang menerima rawatan hospital terus jadi sasaran serangan genosid Israel di sana,” katanya.

Hospital itu kemudiannya diserang buat kali ketiga dengan peluru berpandu menyasarkan ambulans dan kenderaan lain di parkir dan tempat berteduh bagi keluarga yang dipindahkan. 

“Kami mempunyai antara 80 dan 100 pesakit, dan 700 keluarga yang terdiri daripada kira-kira 5,000 penduduk yang berpindah,” katanya. 



Lebih menyedihkan panel solar dan tangki air turut dibom, situasi itu menyebabkan hospital Al-Rantisi kini tidak mempunyai setitik pun air yang mengalir.

Sehingga kini 16 daripada 35 hospital di Gaza tidak beroperasi dan 51 daripada 72 klinik penjagaan kesihatan utama di kawasan yang dikepung telah ditutup sepenuhnya. 

Malah, hospital Psikiatri, satu-satunya di Semenanjung Gaza, juga tidak lagi mampu merawat pesakitnya.

“Kami mengambil 50 hingga 70 pesakit sehari, daripada mereka yang datang untuk mendapatkan ubat, berikutan trauma psikologi akibat bunyi pengeboman yang berterusan.

“Luka badan boleh sembuh tetapi luka psikologi jauh lebih dalam dan memerlukan rawatan psikiatri,” kata Pengarah Hospital Psikiatri, Dr.  Jamil Suleiman.



Beliau menamabah, sekiranya hospital Gaza terus diserang, tidak ada keperluan lagi untuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) wujud di wilayah ini.

“Jika tiada jaminan untuk hak pesakit, maka tidak ada gunanya badan kesihatan antarabangsa hanya menyaksikan penduduk di sini dianiaya dan disembelih,” katanya. - KitaReporters


12
14
0
16
0
You will be interested