Politik & Negara 18 Dec, 2024

Penggubalan Akta Kebebasan Maklumat (FOI)! Kerajaan bincang cadangan dasar Rang Undang-Undang! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kerajaan membincangkan cadangan dasar bagi menggubalkan Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat (atau Freedom of Information Act atau FOI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan dasarb RUU Kebebasan Maklumat itu dibincangkan sewaktu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) pada 16 Disember 2024.  

"Mesyuarat bersetuju supaya RUU ini dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025 ke arah meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam dengan memastikan hak individu untuk akses kepada maklumat di bawah bidang kuasa Kerajaan terjamin dan terpelihara di sisi undang-undang.

"Mesyuarat turut mengambil maklum tentang penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)," kata Perdana Menteri.

Katanya lagi, langkah ini diambil untuk menambah baik imej dan persepsi negara berhubung tatakelola baik sektor awam pada peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing.

"Adalah menjadi tekad Kerajaan untuk sentiasa memperkukuh agenda tatakelola baik negara, mempertingkat integriti dan memerangi rasuah selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," ujar Perdana Menteri lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
11
0
16
0
You will be interested