Politik & Negara 02 Aug, 2023

Bantuan kredit e-tunai RM100 dilaksanakan Okt-Dis 2023! Lebih 10j kumpulan B40, M40 terima manfaat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Bantuan kredit e-tunai Malaysia Madani sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 dan ke bawah akan dilaksanakan pada suku keempat (Oktober-Disember) tahun 2023 ini.

Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi kumpulan B40 dan dan M40.

Menurut satu kenyataan pada 1 Ogos 2023, Kementerian Kewangan sedang memperincikan inisiatif ini dengan pemegang taruh. Ini adalah susulan kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan inisiatif tersebut. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
14
0
11
0
You will be interested