Politik & Negara 12 Nov, 2023

Video| Fatwa larang sokong, beli barangan ada kaitan Zionis! Dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MAJLIS Ulama Indonesia (MUI) melarang umat Islam  di negaranya membeli atau menyokong barangan dan perkhidmatan  yang dihasilkan oleh rejim aparteid Israel sebagai menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Larangan berkenaan dikeluarkan dan menggesa umat Islam di Indonesia menyokong perjuangan Palestin menentang “penjajahan Israel”, selain mengisytiharkan bahawa sokongan untuk aparteid Israel atau penyokongnya adalah “haram”.




Pengerusi MUI Asrorun Niam Sholeh berkata, badan Islam tertinggi menyeru setiap Muslim untuk mengelakkan daripada berurusan dan penggunaan produk negara aparteid Israel atau syarikat yang berkerjasama dengan Zionis Israel, serta mereka yang menyokong penjajahan Zionisme.

Katanya, menyokong pencerobohan rejim Zionis sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti membeli produk daripada pengeluar yang jelas menyokon negara haram aparteid itu adalah salah di sisi undang-undang.




Selain turut menegaskan kerajaan sewajarnya mengambil langkah tegas untuk membantu perjuangan Palestin.

Atas dasar itu, beliau merayu umat Islam untuk bersatu dan berganding bahu serta mengelakkan membeli mahupun menggunakan produk yang menyokong atau membantu aparteid Israel.

Ini termasuk produk ataupun pihak yang bersama dengan Zionis Israel juga perlu dijauhi. - KitaReporters


 

10
11
0
15
0
You will be interested