Politik & Negara 19 Nov, 2023

PBB mana? Situasi di Hospital Al-Shifa semakin buruk, mengerikan! Jadi huru-hara! Mayat mula mereput!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEJAK tentera aparteid Zionis mengepung kompleks pusat perubatan terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa, pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan dengan tindakan kejam berikutan ribuan yang berlindung dan mendapat rawatan di lokasi berkenaan tidak mampu berbuat apa-apa selain ketiadaan keperluan asas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan berikutan tentera aparteid Zionis yang menyerbu kawasan larangan peperangan berkenaan.



Ketua Pejabat Bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB, Martin Griffiths berkata, beliau sangat terkejut dengan serbuan tentera aparteid di Hospital Al-Shifa yang menjadi tempat berkumpul lebih 7,000 penduduk di wilayah terkepung. 

“Perlindungan kepada bayi baru lahir, pesakit, kakitangan perubatan dan semua orang awam mengatasi semua kebimbangan lain.

“Hospital bukan medan pertempuran,” katanya seperti dipetik Arabnews.com, pada 17 November 2023.




Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus (gambar atas) turut senada dengan Griffiths sambil menyifatkan laporan pencerobohan di hospital terbesar di Gaza itu sangat membimbangkan dan tindakan luar kawalan.

“Kami sangat bimbang dengan keadaan pesakit dan kakitangan perubatan di hospital,” katanya sambil memberi amaran pihaknya masih terputus hubungan dengan kakitangan hospital tersebut.



Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyuarakan perkara yang sama menyatakan kebimbangan terhadap pesakit dan kesan terhadap serangan ganas tersebut.  

“Semua langkah untuk mengelakkan sebarang akibat ke atas mereka mesti diambil segera,” kata jawatankuasa antarabangsa itu dengan harapan semua pesakit, kakitangan perubatan, dan orang awam perlu dilindungi.

Hospital Al-Shifa kini telah menjadi sasaran utama rejim pengganas aparteid Zionis. 



PBB menganggarkan 7,000 orang, pesakit, kakitangan dan orang awam yang dipindahkan, berada di kompleks hospital berkenaan dan terperangkap dan tidak dapat melarikan diri.

Malah, saksi menggambarkan situasi di hospital berkenaan sangat mengerikan dengan prosedur perubatan berlaku tanpa ubat bius dan orang ramai memenuhi koridor hospital berkenaan.

Selain itu, bau busuk mayat mula mereput berikutan tidak dibenarkan menjalankan proses pengebumian. - KitaReporters


14
13
2
8
0
You will be interested