Politik & Negara 07 Sep, 2025

Kos sara hidup kekal jadi keutamaan! Pastikan setiap bantuan sampai kepada golongan memerlukan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Kos sara hidup kekal sebagai antara keutamaan Kerajaan Madani, melalui pendekatan Subsidi Bersasar, seperti pelaksanaan program SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan pelbagai bentuk bantuan langsung yang lain kepada rakyat.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

"Ini semua akan terus diperkukuh dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), sebagai rangka kerja yang menjunjung prinsip keadilan sosial, keseimbangan pembangunan, dan kelestarian hidup rakyat," tegasnya.



Terdahulu, Anwar hadir di Baling pada Sabtu, 6 September 2025 bagi merasmikan penutupan Program Madani Rakyat (PMR) Kedah, sambil menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam pada peringkat negeri dan persekutuan dalam suasana penuh harmoni dan muafakat.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan bahawa kebajikan rakyat adalah keutamaan yang tidak boleh dipandang ringan, lantas ia mesti diperjuangkan secara menyeluruh dari peringkat Kerajaan Persekutuan sehingga ke Kerajaan Negeri.

"Ini bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir atau tercicir daripada arus pembangunan negara.

"Isu kos sara hidup, kekal sebagai antara keutamaan Kerajaan Madani, di mana melalui pendekatan Subsidi Bersasar, pelaksanaan program seperti SARA (Sumbangan Asas Rahmah), dan pelbagai bentuk bantuan langsung kepada rakyat, kerajaan akan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan," ujar beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
10
0
13
0
You will be interested