Politik & Negara 03 Nov, 2025

Kenali Sanae Takaichi! Keras kepala! Penyampai TV! Pemain dram! Peminat heavy metal! Ultrakonservatif!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

SANAE Takaichi, 64 tahun, melalui perjalanan yang berliku untuk menduduk kerusi sebagai Perdana Menteri Jepun wanita yang pertama dengan cabaran pertama mengejar cita-citanya ialah tidak mendapat restui ibu bapanya memasuki universiti ternama di Jepun.


Kredit foto: malaymail.com


Sebabnya dia dilahirkan sebagai anak perempuan walaupun berasal dari keluarga yang ibunya bekerja di balai polis dan bapanya di kilang kereta Toyota. Satu jenama kereta terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Dia bijak dan kelulusannya membolehkan dia masuk belajar di Matrikulasi di Keio dan melanjutkan pengajiannya di Waseda Universiti tetapi ibu bapanya enggan membayar yuran pengajiannya.

Mereka berfikiran menjadi wanita di Jepun bukan mudah untuk melakar kejayaan. Namum bagi wanita kecil molek in, usia muda dan soal jantina bukanlah perlu dititikberatkan. 

Dia membuktikan ingin berjaya dengan mengambil keputusan menaiki kereta api selama enam jam dari rumahnya di Yamatokoriyama, Nara Perfecture ke Universiti Kobe saban hari.

Dia malah bekerja sambilan bagi membayar yurannya dan untuk bagi menghilangkan rasa stres ketika belajar, Takaichi menyertai kumpulan band heavy metal dengan dia menjadi pemain dram sebagai tempat melempiaskan kemarahannya pada takdir hidupnya.

Takaichi berjaya mendapat ijazah bidang pengurusan perniagaan pada 1984.

Belum puas dengan pencapaian pertama itu dia terus menyertai Matsushita Institute of Government and Management dan peluang kerja nampaknya membawanya berhijrah ke Amerika Syarikat untuk bekerja sebagai fellow congressional kepada Anggota Kongres Wanita Democratic, Pat Schroeder pada 1987. 

Ini sekali gus membangkitkan minatnya untuk menyertai bidang politik sebagai kerjaya tetapnya.


Kredit foto: hindustantimes.com


Dalam laporan Wikipedia dan sumber berita antarabangsa menyebut Takaichi, dikenali sebagai wanita besi (Iron Lady) menggunakan kaedah kempen membina negara bangsa iaitu mengutamakan isu keselamatan negara, ekonomi dan kestabilan pembinaan rumah tangga tradisional kena dikekalkan. 

Dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap usahanya menghapuskan rasuah yang dilaporkan menjejaskan imej LDP dengan teruknya.

Dalam tempoh dua dekad ni Jepun bertukar ketua kerajaan macam sekeping biskut , sekejap dia dan sekejap lagi orang lain! Takaichi menjadi PM Jepun yang ke-104 ketika usianya sudah menjangkau 64 tahun.

Pada usia nenek-nenek begini, sudah tentulah suaranya akan lebih memberi nasihat kepada anak-anak cucu dan kejayaannya menjadi PM itu lebih kerana orang Jepun sudah jemu mempunyai ketua negara lelaki dengan kuasa politik negara tidak stabil.

Apa kata Jepun memberi peluang kepada wanita pula memerintah. 

Bersama Takaichi ada dua lagi menteri wanita yang mengurus ekonomi negara iaitu Satsuki Katayama sebagai Menteri Kewangan dan Kimi Onoda menjadi Menteri Keselamatan Ekonomi. 

Pada bahu tiga wanita ini, Jepun berharap dapat mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai yen dan mengukuhkan kestabilan rumah tangga tanpa diganggu gugat dengan perkahwinan sejenis, membolehkan wanita menaiki takha diraja dan tidak membenarkan nama keluarga berbeza selepas berkahwin.


Satsuki Katayama. - Kredit foto: reuters.com


Kimi Onoda. - Kredit foto: france24.com


Menimba pengalaman politik cara Amerika memberi kelebihan kepada Takaichi apabila kembali ke Jepun, mula-mula dia memilih menjadi penganalisis politik dengan pengetahuan ala Amerika.

Dalam pada itu, dia mengambil kesempatan menampilkan diri sebagai penulis buku bagi mengisi masa depannya. 

Tidak lama kemudian dia menjadi penyampai televisyen TV Asahi dan mengasuh bakatnya dalam bidang itu dengan beberapa lagi stesen TV penyampai bersama untuk Renho, Fuji Televisyen dan pembaca berita pagi untuk Asa Da! Do Naru.

Perjalanan politik ibu kepada dua anak tiri sangat luar biasa. Takaichi yang berkahwin dengan Taku Yamamoto ahli Dewan Perwakilan Jepun juga rakan sekerjanya di dewan itu. 

Mendapat sokongan kuat daripada suaminya yang juga seorang duda dengan tiga anak dan kini ada beberapa cucu.

Berkahwin dengan rakan sekerja sebab mendiang isteri Yamamoto terbabit nahas dan meninggal dunia serta meninggalkan anak-anak masih kecil. 

Takaichi juga ada masalah tidak boleh hamil. Dia jadi ibu segera dan anak-anak juga menerimanya dengan baik.

Takaichi mewakili Liberal Democratic Party (LDP) pada 1996 dan mula menampilkan wataknya yang berkelibar sebagai pemimpin politik dengan menjadi wanita pertama dari daerahnya terpilih mewakili dewan berkenaan sejak 1993 sehingga 2003.

Sehingga pada 2005 dia mendapat kepercayaan menjadi menteri kabinet terutama ketika menjadi anak didik kesayangan kepada Shinzo Abe yang menjadi Perdana Menteri dan Fumio Kishida. 

Kali pertama mencuba nasib untuk memegang jawatan Presiden LDP ialah pada 2021 menduduki tempat ketiga. Kali kedua ialah 2024 tapi kalah lagi pada saingannya, Shigeru Ishiba.

Dia sekali lagi membuat percubaan ketiga tahun ini (2025) dan barulah terpilih mengalahkan Shinjiro Koizumi, sekali gus menjadi presiden wanita LDP yang pertama.


Kredit foto: bollywoodshaadis.com


Perjalanan politik yang berwarna-warni seorang wanita Jepun akhirnya dipilih oleh dewan tertinggi negara itu, National Diet mengangkatnya menjadi wanita pertama sebagai Perdana Menteri Jepun yang mencatat rekod sejarah.

Ini kerana Jepun sangat terkenal sebagai negara yang wanitanya "layak" menjadi Geisha - penghibur lelaki yang bekerja keras.

Semalam pada 27 Oktober 2025, buat pertama kali Takaichi bertemu mata dengan Presiden Amerika Syarikat, Donal J Trump yang mengadakan lawatan muhibah mengadap Maharaja Jepun dan berdailong menambah baik ekonomi Jepun-AS.

Dengan nada keras Takaichi, yang pernah berada di dewan Kongres AS, tahu selok belok menangani kepentingan Jepun dan Amerika membuatkan Trump agak tidak seronok membuat perjanjian. 

Sebagaimana kata Takaichi, Jepun adalah negara yang perlu diperkuat lagi pertahanan, melindungi kepentingan national dan menilai semua hubungan antara Jepun dan Amerika.


Kredit foto: asia.nikkei.com


Sebagaimana tekadnya yang keras hati melayan arus dunia politik, Takaichi sangat terkenal sebagai pemimpin konservatif atau ultrakonservatif,  terutama membabitkan polisi dalaman negara serta orang kuat yang menyokong meneruskan dasar yang diasaskan oleh pentadbiran dikenali sebagai Abenomic.

  • Pelonggaran monetari: Bank of Japan meningkatkan bekalan wang untuk menurunkan nilai yen dan menggalakkan perbelanjaan serta pelaburan. 
  • Rangsangan fiskal: Kerajaan meningkatkan perbelanjaannya untuk merangsang ekonomi. 
  • Reformasi struktur: Melibatkan usaha untuk meningkatkan daya saing ekonomi Jepun melalui pelbagai reformasi, seperti meliberalisasi pasaran, menggalakkan pelaburan swasta, dan mewujudkan industri baharu. - KitaReporters

11
20
0
11
0
You will be interested