.
Bumi Gaza bergegar lagi… umat Islam Palestin pula kembali berkubangkan darah pada bulan Ramadan yang mulia ini. Bulan jihad untuk umat Islam di Palestin!
Hari ini, perang yang dimulai pada bulan Ramadan pastinya sekali
lagi tertulis dalam lipatan sejarah dunia mahupun Islam.
Selepas tamat fasa gencatan senjata selama lebih kurang dua bulan, tanpa prejudis tentera Zionis aparteid Israel melancarkan serangan pembunuhannya ke atas Semenanjung Gaza pada hari ke-18 umat Islam berpuasa, seawal pagi Selasa, 18 Mac 2025.

Israel menyambung semula jenayah perang genosidnya ke atas Palestin. - Kredit foto: AFP
Dikutip daripada laporan AlJazeera, dianggarkan kira-kira 308 orang tewas dalam serangan udara Israel di sepanjang Jalur Gaza, manakala setidaknya 154 orang lagi turut terkorban selepas serangan dilaporkan terjadi di beberapa lokasi lain seperti utara Gaza, Kota Gaza dan Deir al-Balah, Khan Younis serta Rafah.
Terdahulu, kempen Palestin yang dijenamakan oleh Al-Qassam
sebagai Taufan Al- Aqsa ini telah berlangsung selama 15 bulan. Ia adalah serangan
nekad pejuang Islam untuk mengembalikan semula kemuliaan dan kedaulatan tanah kiblat pertama
umat Islam setelah pencerobohan regim kolonialis Zionis ke atas Masjidil Aqsa.
Serangan Israel kali ini terus ke arah kem pelarian dan saki baki rumah penduduk yang masih ada. Kini penduduk yang masih selamat berusaha mengumpul barang-barang sambil berusaha menyelamatkan diri dan berlindung selagi masih terdaya.
Kali ini, skala serangan adalah lebih besar daripada serangan dron biasa. Tentera Israel mendakwa serangan itu dilakukan terhadap individu atau kumpulan kecil yang disyaki sebagai militan.

Rakyat Palestin masih berusaha untuk menyelamatkan diri. - Kredit foto: AFP
Dalam pada itu, berdasarkan artikel Tribune.Com, hampir setiap minit sekurang-kurangnya seorang pasti ada rakyat Palestin di Gaza meninggal dunia akibat peluru yang tidak bermata itu.
Menurut pengarah Hospital Al-Shifa di Kota Gaza, rakyat Palestin yang cedera, telah terkorban hampir ‘setiap minit’ akibat kecederaan parah dan tidak boleh diselamtkan lagi.
Katanya, selain kecederaan, pihak hospital kekurangan
sumber perubatan dan alatan mencukupi yang mana disebabkan oleh kempen kejam Israel terhadap sektor kesihatan
di Jalur Gaza.
“Lebih 170 daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak, manakala lebih 100 lagi adalah wanita dan warga emas,” katanya.
Sementara itu, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, kali ini
pengeboman berlaku membabitkan kira-kira 50 tapak atau kawasan yang mana sebahagiannya telah mula
dipulihkan sedikit demi sedikit ketika gencatan senjatan yang lalu.
“Di Semenanjung Gaza, pihak Israel meneruskan perang dengan
melakukan pemusnahan sebagai antara salah satu hukuman kolektif terhadap rakyat
Palestin itu sendiri.
“Mereka memusnahkan hampir semua bangunan yang sebahagiannya telah mula dipulihkan untuk rakyat tempatan,” katanya.
Terdahulu, Israel telah mengancam untuk kembali berperang dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas menyekat rundingan mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata, menutup semua lintasan untuk menghalang bantuan memasuki Gaza, dan memutuskan bekalan elektrik.
Dengan melakukan serangan udara secara membuta tuli, ia seolah-olah seperti melakukan pembunuhan beramai-ramai. Baginya, tindakan itu bertujuan untuk menjejaskan
perjanjian gencatan senjata dan berusaha untuk mengenakan perjanjian penyerahan
diri.
Serangan kali ini menandakan perang genosid dan kempen "holocaust" Israel di Gaza disambung semula. Semoga ada keajaiban untuk warga Islam Palestin. - KitaReporters

Kem pelarian menjadi sasaran utama serangan Israel. - Kredit foto: Reuters