Politik & Negara 03 Jan, 2025

Video| Ayuh kita bina sebuah negara hebat! Penjawat awam perlu lonjakan prestasi perkhidmatan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

.



Penjawat awam diingatkan agar sentiasa amalkan tatakelola yang baik dan jadi cetuskan reformasi dalam perkhidmatan awam bagi membaiki kelemahan serta melonjakan prestasi ke arah perkhidmatan berkualiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwah Ibrahim berkata, adalah penting untuk membina sebuah negara hebat melalui lonjakan prestasi perkhidmatan awam yang lebih baik dan cekap.

Cabaran ini, katanya, harus disambut oleh penjawat awam dengan menterjemahkannya kepada perkhidmatan berkualiti untuk rakyat, umpamanya tidak perlu menunggu giliran atau kelulusan yang terlalu lama seperti sebelum ini.

"Hubaya, amalan tatakelola yang baik mampu menjadi pemangkin kejayaan dan mencetus reformasi perkhidmatan awam sekali gus memperbaiki kelemahan sedia ada.

"Buanglah sifat gelojoh dan cemburu antara satu sama lain, sebaliknya perbaiki prestasi dan diri sendiri dengan bertiwikrama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam demi kemajuan negara kita," tegas Perdana Menteri pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 3 Disember 2024. - KitaReporters/Kenyataan Media



18
9
0
10
0
You will be interested