Politik & Negara 05 Dec, 2023

Digital ID: Tiada cip di dalam badan! Tiada rekod peribadi serta perbankan akan terbocor! - Anwar

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


"Alhamdulillah. Satu lagi kejayaan terpahat dengan pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang secara rasminya bermula hari ini (Jumaat 1 Disember 2023).
"Malah, saya sendiri telah mendaftar dan mencubanya sendiri sebelum bermula mesyuarat Kabinet bersama Jemaah Menteri yang turut sama membuat membuat pendaftaran antaranya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Sewaktu ditemui media, saya tegaskan, dan memberi jaminan, tiada cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor kononnya ini kebimbangan sesetengah pihak selepas pelaksanaan Identiti Digital Nasional.
"Ini tidak berasas, sementelahan rakyat harus menerima kenyataan bahawa negara harus maju seiring dengan perkembangan semasa termasuk penggunaan teknologi.
"Sayugia, mana-mana pihak yang saksi, perlu mendengar dahulu penjelasan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung Digital ID supaya ia tidak menjejaskan keyakinan mereka." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 1 Disember 2023)

10
14
0
7
0
You will be interested