Politik & Negara 04 Nov, 2023

Perang Gaza-Israel tak halang persiapan haji! Jaminan TH! Perancangan luar biasa jika berterusan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this



PEPERANGAN di Gaza yang memasuki minggu ketiga dan mengorbankan hampir 10,000 rakyat tidak bersalah termasuk kaum wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Meskipun peperangan yang berlaku namun Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan persiapan dan pengurusan operasi haji Malaysia tidak terjejas untuk tahun hadapan (2024).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sekiranya peperangan itu masih berlarutan, persiapan luar biasa akan dilakukan dengan panduan yang ditetapkan oleh Arab Saudi dan Kementerian Luar.



“Kita tertakluk kepada panduan, nasihat daripada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Haji (dan Umrah) Arab Saudi. Mereka akan menentukan dan apa sahaja arahan dan panduan serta nasihat yang diberikan akan dipatuhi TH.

“Sudah tentu Kerajaan Arab Saudi memikirkan isu keselamatan ini dan menjadi keutamaan untuk jamin keselamatan bakal jemaah-jemaah haji,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Na’im menolak kemungkinaan untuk membuat pengurangan kuota jemaah haji disebabkan perang yang sudah berterusan melebihi 20 hari.

“Permohonan bagi kuota tambahan jemaah haji Malaysia musim hadapan (2024) telah dilakukan dan kita TH masih menunggu jawapan daripada Arab Saudi. 

"Segala persiapan yang dibuat TH mengambil kira kuota seramai 31,600 bakal jemaah haji yang akan melakukan ibadah itu nanti," katanya lagi.



Tahun ini Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M.

Kelulusan itu diberikan oleh Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi. 

Terdahulu ketika dunia berdepan COVID-19, Arab Saudi hanya menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 yang mana 85 peratus daripadanya untuk jemaah luar.

Jumlah sejuta jemaah itu adalah 45 peratus daripada 2.5 juta orang pada 2019. - KitaReporters



11
12
0
16
0
You will be interested